Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, May 19, 2009

Peperiksaan Musim Panas


SEMENJAK tahun pertama di Universiti Al-Azhar saya ditempatkan di beberapa tempat untuk menghadapi peperiksaan. Tahun pertama, saya ditempatkan di bawah 'khemah'. Pengalaman di bawah khemah adalah sangat menarik kerana sambil peperiksaan di bawah khemah, waktu itu jugalah pekerja-pekerja khemah akan membetulkan khemah kerana khemah tidak diikat dengan kemas.

Tahun kedua, saya ditempatkan di dalam bangunan. Ya. Seperti rajah di atas. Tetapi, saya dimasukkan di dalam bilik peperiksaan yang lengkap berskala kipas angin yang baik dan sempurna.

Tahun ketiga juga di dalam bangunan yang serba baik kapasiti dengan kemudahan kipas yang ligat berputar serta suasana aman dan tenteram.

Tahun keempat ini, saya sekali lagi menerima nasib seperti tahun pertama; saya diletakkan di bawah khemah. Dan, kali ini khemah telah bertukar kepada atap kekal (zink).

Tahukah kalian bagaimana perasaan duduk di bawah zink dengan kapasiti cuaca musim panas Kaherah 40 darjah ke atas?

Semalam adalah buktinya. Kertas peperiksaan pertama yang sungguh menguji kesabaran. Ditambah dengan gatal-gatal saya memakai jaket hitam. Tentu kalian dapat rasa bagaimana duduk di bawah zink dengan angin yang menampar pipi seolah-olah saya sedang berada di tengah-tengah padang pasir.

Oleh kerana cuaca panas Kaherah ini sudah masuk dengan suhu yang tinggi (bulan Mei dan Jun cuaca sebegini) saya perlu hadapi dengan sabar dan tenang kerana faktor tempat juga memainkan peranan yang besar ketika peperiksaan berlangsung.

Tambahan :

1. Saya fikir mahu tanggalkan baju sahaja ketika peperiksaan berlangsung.

2. Kawan-kawan yang lain ditempatkan di dalam bangunan Fakulti Bahasa Arab. Tahniah lah. Saya pula di bawah 'zink' belakang Fakulti Usuluddin.

3. Ujian ini bukan saya seorang yang terkena tempias tetapi lebih 200 orang calon yang angka giliran 112XX dan ke atas.

4. Angka giliran saya '11376'.

5. Peperiksaan enam kertas peperiksaan berbaki juga saya akan duduk di bawah zink yang sama.

2 comments:

abdrahman mohdtharin said...

dah nasib badan terima je lah

moga najah

faham islam said...

senasiblah kita,ana duduk kat depan skali,kat depan ana tu,panas mentari...panas hati lagi,panas matahari lagi,panas soalan lagi....