Puisi Maulidur Rasul

JIKALAU MUHAMMAD MASIH ADA

Dalam dekad yang panjang
suara langit berbicara
mengejut insan yang mati;
di dunia yang lapar
dan dahaga dengan tangisan
dan airmata.

Muhammad seindah kalam berbicara
mencerakinkan malang insan
yang leka dengan buana kontang kejahilan
demi menyubur sebilah falsafah makna
yang terukir dalam ruhi seorang Muhammad.

Kalau Muhammad masih ada
belum tentu kami belajar makna airmata.

Zaqaziq
7.20 pagi

Comments

RaTu said…
puisi yang bagus..
Best baca..
lama lg ke outstation?
smpi sebulan ke?
Ezo said…
hmm,tak reti nak komen puisi,sebab aku bukan peminat sastera macam kau.Tapi,tahniah,aku yakin,ko bakal menaikkan nama Al Azhar kelak di Malaysia dengan memperjuangkan dan memartabatkan agama menerusi sastera.Semoga berjaya....

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim