Assalamualaikum w.r.b. Kehadapan Saudara Khusaini dan Saudari Hafsah yang dihormati, moga-moga kalian berdua berada di dalam keadaan sihat hendaknya. Setelah dua tahun saya bersama kalian, kini tiba masanya erti dan makna ‘perpisahan’ itu bakal berlaku. Terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang Badan Pengurus dan HEWI yang saya kira amat besar pengorbanan tersebut. Saudara Khusaini yang disayangi, Sudah terang lagi bersuluh, saudara sanggup meninggalkan Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra semata-mata menghidupkan dan membangunkan PMRAM. Pada saya, itu adalah sebuah pengorbanan yang teramat besar yang saudara telah korbankan. Kenangan yang dicipta selama dua tahun itu tidak akan saya lupakan. Kadang-kadang kita pernah menangis kerana dicemuh oleh ahli, kadang-kadang kita terharu kerana menghargai sumbangan ahli dan kadang-kadang kita ketawa kerana ingin menyelesaikan masalah peribadi. Itu semua adalah perjalanan yang saya kira tidak akan bermatian. Bukankah...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran