Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, September 01, 2007

Jika Negara Sudah Merdeka

Semalam, teriakan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! menghiasi ruang angkasa di bumi Malaysia. Saya juga kurang pasti, adakah keadaan di Mesir (tempat yang saya belajar) pun begitu juga. Tiba-tiba saya teringatkan sahabat saya yang terperingkuk di dalam penjara kerana telah dituduh membunuh rakan senegara pada awal Jun yang lalu. Apa erti merdeka 50 tahun kepadanya?

Lelah menyaksikan pada raut wajah airmata yang bertaburan kerana menyambut kemerdekaan. Beberapa hari sebelum tibanya Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke-50, saya bertanyakan kepada anak-anak saya, apa erti merdeka pada awak semua? Mereka bangun lalu bingkas menyatakan "Bebas!"

Itulah jawapan anak-anak yang belum tahu menilai erti merdeka. Yang mahu disumbatkan di dalam tengkolok mereka bebas, bebas, dan bebas. Apakah dunia ini kekal selama-lamanya untuk bebas sampai kiamat? Atau apakah kita menetap di negara merdeka ini kerana kita rasa kita sudah bebas?

Secara peribadi, negara masih mentah mengenal erti merdeka. Apa salahnya saya berpendirian sebegini? Sekurang-kurangnya ada juga yang dapat membuka mata menyaksikan fenomena Malaysia yang dahulunya Tanah Melayu merayakan hari kebesaran negara ini.

Kemerdekaan negara pada tahun ini juga saya raikan dengan membuat beberapa kajian terhadap perjuangan kemerdekaan yang dibawakan 50 tahun yang lalu. Bukan apa, selepas menghadapi peperiksaan Sejarah SPM, lima tahun yang lalu, saya tidak pernah terfikir tentang negara lantas hanya menggangguk-angguk terhadap sejarah itu dan ini. Namun, selepas membuat beberapa kajian, inilah hasilnya.

1. Jika negara sudah merdeka, mengapa Undang-Undang Lord Ried ini digunakan di negara yang sudah merdeka?

2. Jika negara sudah merdeka, berjayalah orang-orang British memecahbelahkan agama Islam.

3. Jika negara sudah merdeka, mengapa orang-orang Melayu masih melayu?

4. Jika negara sudah merdeka, mengapa anak-anak pasca merdeka ini terlolong-lolong dalam kesamaran?

5. Jika negara sudah merdeka, mengapa jasa Tunku Abdul Rahman sahaja dilaungkan menuntut kemerdekaan?

5. Jika negara sudah merdeka, apa buktinya?

Cukuplah apa yang saya fikirkan buat sekadar ini. Rupa-rupanya ada lagi fakta palsu terhadap kemerdekaan negara. Tapi, semasa belajar dulu-dulu, saya tidak tahu bahawa fakta itu telah ditipu dan diperbodohkan kepada saya yang bergelar pelajar.

Duhai hati yang kecil, fahamilah diri ini.

(Gambar sekadar hiasan)

1 comment:

anis sarah said...

salam.
saya juga terasa hal yg sama ttg kemerdekaan. sambutan 50 tahun kemerdekaan, tp apa yg membezakannya dengan sambutan tahun-tahun lalu? terasa setiap sambutan umpama menyambut tahun baru, dengan countdown dan konsert itu ini. tapi ini tak bermakna saya tak bersyukur 'dimerdekakan', apatah lagi mengenangkan nenek moyang yang berusaha melawan penjajah supaya cucu cicit mereka hidup senang kemudian hari.
tanyalah erti kemerdekaan pada setiap orang di Malaysia ni, pasti jawapan sama diulang siar, seolah-olah mereka telah di'brainwash' dengan jawapan yang itu-itu saja. itu tandanya kita belum cukup merdeka, kan?
dah baca dewan budaya ogos? saya tertarik dengan artikel yang ditulis Malim Ghozali PK dan cerpen Saharil Hasrin Sanin. isu merdeka.
wassalam.