Hari ini saya melawat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan di Larkin Perdana, Johor Bahru. Di sana, saya dapatkan dua buah antologi yang sudah lama saya cari. Antologi 'Anak Laut' dan 'Kerusi'. Anda tentunya akan pelik dengan saya. Mengapa saya harus memilih antologi ini? Jika berbicara lanjut, akan menyakitkan hati pembaca sahaja lantas saya akan diukur sebagai seorang yang sukar menerima pendapat orang lain. Berbicara tentang pendapat, saya percaya ramai dikalangan para pen ulis adalah mereka yang berada di dalam kelas "pengkritik". Benar! Sebagai penulis yang baik, tidak boleh tidak unsur ini wajar muncul pada setiap individu. Jika tidak, penulis tidak mampu untuk mengkritik karya sendiri dan memberikan pendapat peribadi terhadap karya walhal inilah perkara yang utama sebagai seorang penulis. Lewat pengkaryaan penulis-penulis mapan, saya akui ramai di antara mereka berpegang teguh pada prinsip saya. Penulis adalah pemikir. (Kredit untuk blog saudara Moh...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran