SEPANJANG saya menghasilkan cerpen, ini adalah nama-nama watak yang pernah saya gunakan. Cerpen saya berjudul "Sebuah Rahsia Merdeka" yang memenangi anugerah Hadiah Penghargaan, Sayembara Cerpen Jawi, saya menggunakan nama Hud, Nazim dan Riko. Ketiga-tiga orang watak ini sengaja digunakan. Hud dan Nazim adalah mantan kepimpinan PMRAM. Kini, seorang pegawai bank di Bank Negara Malaysia dan seorang lagi Pensyarah di Universiti Malaysia Perlis. Cerpen saya berjudul "Hadiah Untuk Ustaz" yang disiarkan di Berita Minggu, saya menggunakan nama Zaidi, Nizam dan Hadi. Zaidi adalah kawan saya semasa di Maahad Johor, manakala Hadi adalah mantan Timbalan Presiden PMRAM satu ketika dahulu. Nizam adalah nama Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang saya gunakan untuk sandarkan kepada watak itu. Kemudian cerpen saya berjudul "Ramadan Terakhir di Kaherah" yang disiarkan di dalam Berita Harian Sabtu, saya gunakan nama Nuaim; salah seorang teman yang saya kenali amat akrab. Cerpe...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran