Langkau ke kandungan utama

Menanam Pengalaman di Pentas Drama

Aliff di antara orang yang bekerja kuat di dalam penggambaran ini

Menanam Pengalaman

BANYAK kali saya terfikir dan termenung sendiri. Pertama, soal rezeki. Saya diberikan kemudahan dan kelancaran di dalam setiap perjalanan kehidupan ini. Apa yang terbuku di hati dimakbulkan Allah Taala.

Begitulah perencanaannya. Saya pernah menanam tekad untuk melihat sendiri bagaimana proses sesuatu penggambaran drama tv dilaksanakan. Hasrat itu telah dapat disempurnakan hujung minggu yang lalu. Berkampung di homestay Sungai Rambai, Melaka tentunya memberikan pengalaman yang sungguh bermakna.

Terima kasih kepada team Dramatis Camar Pesona, salah satu pusat produksi latihan drama dan teater yang memberikan peluang saya bersama-sama kalian bersahabat di dalam dunia produksi drama.

Dunia seni ini luas. Seperti genre muzik, jika kita mahu mengetahui di mana kelebihan yang ada pada diri sendiri, tentunya kita mencuba semua genre. Begitulah yang terjadi kepada saya. Saya menggodam semua jenis seni termasuk penulisan, pengarahan drama, jurukamera, dan sebagainya. Hasilnya, saya akan ketahui dimana kelebihan yang maksimum pada diri sendiri.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat di dalam team produksi kami terutama Cikgu Rosli Rahman Adam yang telah mencurahkan ilmu kepada kami. Terima kasih juga kepada Puan Liza Tan yang bertungkus-lumus menyediakan skrip drama untuk dilakonkan.

Ini adalah projek pertama. Barangkali, akan ada lagi siri-siri pembelajaran di luar lokasi yang perlu dipelajari lagi selepas ini.

Semua pelakon dan dramatis (terutamanya yang sebilik dengan saya) harapnya tidak serik dengan saya kerana saya amat 'brutal' orangnya. Maka, pengalaman yang ada itu, teman-teman produksi gelar saya sebagai 'ustaz'.

Saya berasa puas hati berada bersama-sama produksi. Barangkali, apabila kita bersama-sama teman sealiran (duduk bersama-sama orang agama sahaja) kita tidak nampak apa yang kurang. Justeru, pengalaman bersama-sama teman yang bermacam-macam ragam, memberikan peluang saya mentarbiah dan ada beberapa rakan produksi yang sudah berubah daripada apa yang berlaku sebelum ini.

Saya mendoakan semua produksi akan terus tekal bekerja demi menyelamatkan sastera, bahasa dan warisan bangsa Melayu khasnya.



Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Sungguh menarik....

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)