Merakam Penderitaan

MINGGU ini minggu penderitaan. Penderitaan buat seluruh warga keamanan buat Gaza dan misi kemanusiaan yang ditarah oleh Israel Laknatullah.

Mereka yang tidak pernah 'belajar' jihad terhadap rakan seagama pasti tidak merasai lantas barangkali mereka tidak buat endah dengan kekejaman yang berlaku.

Saya yang terlalu 'baru' mengenal ini pun tahu betapa kuasa harus dibeli dengan kuasa.

Sedar akan maksud yang tersembunyi, saya berkeyakinan bahawa Tuhan Maha Tahu betapa setiap hambanya itu ikhlas.

Tambahan :

1. Berangan-angan jadi sukarelawan yang membantu ke sempadan Gaza.

2. Seorang teman saya menceritakan kepada saya saat beliau ditahan oleh polis di sempadan Rafah/Gaza, Palestin tahun lalu dan disumbat ke dalam penjara bawah tanah Mesir. Mengasyikkan.

3. Jihad itu bukan hanya memegang senjata tetapi lebih daripada itu... Berapa ramai di antara kita yang mahu syahid?


Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim