Bicara Kepada Seorang Timbalan Presiden dan Naib Presiden


Seorang timbalan presiden besar kuasanya. Takwim adalah makanan hariannya. Kalendar adalah minuman khasiat pula.

Naib Presiden bukan berlenggang sahaja. Muhafazah tentu jadi bilik singgahnya. DPM tentu bergembira. Menyambut seorang wira suara.

Seorang timbalan presiden bijak mentafsir. Tetapi dia bukanlah seorang ahli sihir. Biarpun tugas penat dan letih. Hanya Tuhan berkuasa memilih.

Naib Presiden bijak bicara. Setiap masa mikrofon sahaja. Tetapi pelik membawa kereta. Erm...biarkanlah...kerana dia amat menyukainya.

Seorang timbalan presiden dahulu perancang kewangan. Kemudian, seorang naib presiden pula menyambung rancangannya... Tetapi sekarang entah apa dibuatnya. Dua-dua urusan pentadbiran pula.

Ini adalah bicara kepada seorang timbalan presiden dan naib presidennya...
sebuah persatuan tertua di bumi bertuah.



Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim