Langkau ke kandungan utama

PTS.fm di Berita Harian Hari Ini


Radio buku PTS.fm
Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim

PEMINAT buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd kini berpeluang mendapatkan maklumat terkini buku terbaru syarikat terbabit melalui laman web rasmi www.pts.com yang menyediakan siaran PTS.fm di samping mengenali penulis dengan lebih dekat.

Eksekutif Perhubungan Awam, Roslan Isa, berkata PTS.fm yang diterajui Jabatan Pemasaran PTS akan mengetengahkan konsep penyampaian ilmu dan sumber maklumat mengenai buku bagi memberi peluang kepada karyawan mempromosikan buku terbaru terbitan PTS.

Program PTS.fm berjudul Dunia Buku Kita tidak hanya sekadar mengajak pendengar mengenali senarai buku terbaru, malahan membuka peluang kepada penerbit buku dan pemilik kedai buku mempromosi produk mereka melaluinya sebagai satu cara syarikat terbabit menghargai pembaca tegar PTS.

“PTS.fm akan menerbitkan pelbagai segmen seperti program Wahyu, Buku, Srikandi, Majalah dan Sastera. Program Wahyu menampilkan segmen Mari Ingati dan Pesan Nabi bertujuan mendidik jiwa pendengar ke arah Islam dan menyelitkan bacaan ayat al-Quran serta diskusi agama.

“Pendengar PTS.fm turut berpeluang berinteraksi dengan deejay PTS.fm melalui program Buku: Segmen Dedikasi yang membuka peluang kepada pembaca untuk menyampaikan dedikasi buku kepada insan tersayang selain program Majalah yang mengundang penerbit, penulis dan pemilik buku menjawab soalan mengenai karya mereka,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan kepada wanita, PTS.fm melalui program Srikandi yang membabitkan segmen keluarga dan Glamor membawa pendengar melayari panduan mengurus keluarga, mengurus keterampilan diri dan menghidangkan pendengar dengan pelbagai resipi menarik.

“Program Sastera yang mengangkat landasan diskusi karya bermutu melalui segmen Fragmen Novel akan memperdengarkan karya seperti sajak, puisi dan drama radio dari novel pilihan. Penerbit, penulis, pemilik buku dan pembaca yang ingin berkongsi pengalaman dan menjadi tetamu siaran, kirimkan e-mel ke alamat roslan@pts.com.my,” katanya.

Tambahan :

Saya adalah penerbit rancangan bagi segmen Sastera di dalam pengurusan PTS.fm.




Ulasan

ralat ...melalui laman web rasmi www.pts.com yang menyediakan..

: www.pts.com.my
Thaaqhib Mohammed berkata…
ustaz. pts.fm. bagaimana nak ikuti?

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)