Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, June 18, 2010

Royalti Buku

SEKARANG SUDAH masuk bulan Jun. Oleh itu, Jabatan Kewangan PTS sudah mula menjalankan tanggungjawab membayar royalti buku yang dijual pada tahun kewangan 2009.

Mana-mana buku yang terbit pada tahun 2009, maka royalti itu dibayar pada tahun ini. Tahukah kita bahawa, ada seorang pengarang yang jumlah royaltinya adalah RM 80,978.79. Wow! Hanya dengan sebuah buku terbit di PTS, royalti yang diterimanya adalah begitu tinggi sedemikian rupa.

Royalti yang paling tinggi diterima oleh pengarang PTS adalah melebihi RM 100,000.00. Ini bukan keajaiban. Ini adalah realiti yang berlaku di dalam PTS.

Jikalau kita tidak memulakan langkah menjadi pengarang pada hari ini, tentu kita tidak akan merasai habuannya pada kemudian hari.

Tambahan :

1. Saya sedang terfikir-fikir bahawa jikalau kerja makan gaji pun, sebulan (RM 4,000) darab dua belas bulan bersamaan RM 48,000. Meriahnya jadi pengarang pada hari ini.

2. Saya sedang membina motivasi kendiri...



2 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Fokus, fokus, fokus.... (ini formula pengarang-pengarang PTS yang ngetop)

Thaaqhib Mohammed said...

x nak terkesima dgn duit2 tu..

tp, setuju dengan perlunya meramaikan jumlah pengarang di Malaysia.

Orang kata, banyak buku, banyak orang ilmu. Negara hanya maju kerana rakyatnya yang berilmu