Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, June 16, 2010

Perginya Seorang Ulama PAS

Percaya atau tidak, Ustaz Hassan Shukri sudah pergi. Maklumat paling rapat dan tepat yang merentas di cuping telinga saya adalah Ustaz Hassan Shukri jatuh di dalam bilik air pada pagi Isnin yang lalu. Allahyarham di bawa ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia pada jam 2 petang itu.

Allahyarham baru sahaja pulang dari menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat yang diadakan di Kelantan. Sumber memaklumkan bahawa Allahyarham memandu sendirian sepanjang di dalam perjalanan dari Kelantan ke Selangor (Taman Melewar) tempat tinggal beliau.

Seluruh kepimpinan PAS khususnya dan rakyat yang mengenali beliau amat terasa dengan kehilangan seorang lagi ulama yang telah banyak berjasa kepada parti Islam khususnya.

Saya tidak begitu rapat dengan Allahyarham tetapi saya mengenali Allahyarham selepas pulang dari Mesir. Kali pertama saya bertemu dengan beliau ketika di Markaz Tarbiah Taman Melewar pada bulan Disember tahun yang lalu. Waktu itu, saya selaku peserta program Ulama Pelapis anjuran Dewan Ulama PAS Pusat.

Yang paling saya ingat sehingga sekarang adalah pertemuan saya dengan Allahyarham kali terakhir kira-kira tiga minggu yang lalu. Waktu itu, Allahyarham dijemput oleh pihak Dewan Pemuda PAS Gombak untuk menyampaikan perlembagaan dan mendiskusikan berkenaan undang-undang tubuh PAS kepada kami.

Sewaktu menghadiri program tersebut, terfikir-fikir saya akan program yang hampir serupa di dalam PMRAM. Tentunya program Etika Kerja PMRAM dan Undang-Undang Tubuh dibentangkan kepada kepimpinan.

Di bawah saya salinkan beberapa nota dan ucapan yang masih saya ingat lagi Allahyarham sebutkan :

Saya perlukan pemuda-pemuda yang boleh bantu saya untuk talaqi berkenaan Perlembagaan PAS dan Undang-Undang Tubuh ini. Takut-takut saya pergi dulu...
Hampir 99% etika dan undang-undang di dalam Dewan Himpunan Penyokong adalah hasil kerja saya bersama rakan-rakan yang lain.

Dalam sesi itu, Allahyarham telah membongkarkan bagaimana logo PAS dan bendera PAS itu diwujudkan kerana salah seorang peserta bertanya kepada beliau. Dengan seloroh beliau menjawab,

“Sebenarnya logo PAS itu saya punya idea. Masa itu, parti hendak bertanding, jadi kita diminta sediakan logo. Saya pun ambillah tin kosong, kemudian tekapkan di atas kertas. Kemudian, saya ambil pen dan buat bulatan di sekeliling tin kosong itu. Saya tidak sangka sampai hari ini orang sebut perkara itu sebagai bulan sedangkan itu bukanlah perkara pertama yang bermain di minda saya.”

“Tapi masa itu, logo itu warna hitam.”

Itulah ayat-ayat terakhir yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya...

Sungguh ketentuan Allah itu PASti!

Tambahan :

1. Banyak kali saya berfikir dan inilah kalam teman-teman...Orang-orang PAS ini akhir hayatnya amat mudah...Siapa sangka tiada sakit pun yang berlaku ke atas Allahyarham...tetapi asbab jatuh itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa-jiwa hambanya...

1 comment:

Thaaqhib Mohammed said...

Allah sayang beliau