Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, June 29, 2010

Buku PTS Jadi Pilihan Pelajar Walaupun Di Kedai DBP


SEMALAM saya ke Forum Intelektual Bahasa Melayu dalam Filem dan Drama. Ramailah orang-orang filem dan drama yang hadir. Antaranya Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin, Datuk Yusof Haslam dan Raja Azmi.

Forum ini dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah serta bersama tiga orang ahli panel iaitu Prof Dr Teo Kok Seong, Dr Mahadi J Murat dan Tuan Haji A Rahim Abdullah.

Program ini adalah program yang teramai dihadiri di Dewan Seminar DBP kerana dikatakan bahawa DBP semenjak awal tahun lagi tidak mengadakan program sebegini. Ini memberikan peluang kepada rakan bahasa dan sastera bertemu mesra di samping dapat menambahkan ilmu setelah warga sastera haus dengan program DBP.

Memang benar seperti rakan-rakan yang bersama-sama saya di dalam majlis tersebut berkata, "Tahun ini DBP sunyi dengan program sastera di dewan seminar ini."

Selepas tamat program, saya ke Galeri DBP (Kedai Buku) di tingkat satu. Sebilangan peserta yang hadir ke dalam program tersebut juga singgah ke kedai buku DBP. Umumnya, seramai hampir 20 orang pelajar sekolah yang turut sama menghadiri forum itu mencari ruang buku pameran PTS walaupun berada di dalam kedai DBP sendiri.

Saya jadi pelik. Saya biarkan sahaja mereka memilih buku yang menjadi pilihan. Para pelajar ini mendapatkan novel-novel Islami terbitan PTS Litera Sdn. Bhd. Wah! Saya amat kagum dengan para pelajar ini yang berani membeli buku-buku PTS walaupun berada di dalam kedai DBP.

Saya yang sibuk-sibuk di dalam kedai DBP itu pun meninggalkan kedai itu selepas para pelajar itu selesai membayar di kaunter.


1 comment:

Puan Ainon Mohd. said...

Jualan buku-buku PTS sangat membantu perolehan kedai buku DBP. Syukur....