Langkau ke kandungan utama

Nafas Terakhir

Barangkali Ekspo Gempak PMRAM (EGP) 2009 bersempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan PMRAM pada tahun ini yang berakhir malam tadi adalah nafas terakhir saya dalam PMRAM.

Selama empat hari tiga malam saya berkampung di Hayyu Asyir dan meninggalkan rumah di kawasan Hayyu Sabie demi memastikan perjalanan program berjalan dengan sempurna.

Kehadiran ahli PMRAM, seluruh warga Malaysia, seluruh tetamu kehormat merupakan satu hadiah berharga yang paling bernilai kepada diri saya.

Paling mengasyikkan adalah rakaman beberapa gelak tawa rakan-rakan seperjuangan, ahli PMRAM, ahli jawatankuasa yang tidak lena tidur malam menyaksikan persiapan program berjalan dengan sempurna.

Menariknya, ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husain selaku Penasihat PMRAM yang memberikan nafas baharu kepada generasi muda pada hari ini. Ya. Kerana ilmu kita berdiri di Mesir. Kerana ilmulah hidup kita akan diberkati oleh Allah.

Memetik kata-kata beliau yang menyeru mahasiswa agar tidak culas di dalam menggali khazanah yang terbentang luas. Sikap cuai, lalai, leka dan alpa sepanjang berada di bumi Mesir ini seharusnya menjadi muhasabah diri agar kita tidak akan lahir sebagai seorang ulama daripada Mesir yang hanya bercakap tanpa asas ilmu yang kukuh.

Saya berbangga dengan kehadiran mahasiswa di bumi Mesir yang sentiasa memberi komitmen kepada program-program PMRAM. Fikir saya, tanpa kekuatan ahli, sumbangan yang diberikan oleh ahli, PMRAM tidak akan mara ke hadapan mengecapi nikmat kesenangan pada hari ini.

PMRAM seharusnya bersyukur di atas peluang memimpin mahasiswa di bumi Mesir. Dengan kesatuan dan perpaduan yang diberikan oleh generasi pada hari ini, PMRAM akan terus kukuh dan releven bertapak di bumi Mesir walaupun ada pihak yang sedang mencari jalan perpecahan kepada PMRAM.

Tetapi, dari satu pandangan yang berbeza, keselesaan yang diberikan itu moga-moga tidak akan menjadi satu fitnah kepada PMRAM. Moga kekuatan ini terus bersinar hendaknya.

Terima kasih kepada PMRAM, ahli dan semua pihak. Moga nafas terakhir ini tidak berhenti di sini.

Tambahan :

1. Saya bercadang bertemu dengan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara PMRAM dan kerajaan Malaysia.

2. Saya bercadang membawa usul agar PMRAM diiktiraf sebagai persatuan induk dan tidak menghalang mana-mana pegawai KBMK atau JPMK menghadiri program PMRAM.

3. Jika Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menghalang pegawai-pegawai kita bersama PMRAM, ini adalah satu perkara yang paling dikesali.

4. Saya menghormati dasar pemikiran terbuka Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Saifuddin Abdullah yang tidak tepu memikirkan masa depan generasi pemuda dan belia pada hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)