Langkau ke kandungan utama

BKPJM Diterajui Oleh Ustaz Basir

ALHAMDULILLAH, tamatlah sudah sesi pentadbiran Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) bagi sesi 2008/09. Saya selaku Penasihat BKPJM juga secara rasminya meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada anak-anak negeri Johor.

Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM berjalan dengan sempurna. Ada muhasabah dan signal penting barangkali pada MAT kali ini. Dengan pertarungan penting merebut kerusi calon Yang Dipertua, saya kira ini adalah satu daripada bentuk 'teguran awal' kepada kepimpinan BKPJM bahawa persatuan anak Johor di bumi Mesir ini harus sedar tentang kewajipan melaksanakan amanah.

Barangkali setelah 27 tahun BKPJM diwujudkan, banyak amanah yang masih tidak tertunai. Banyak kekurangan yang masih belum terlaksana. Saya hanya berada satu sesi dalam pentadbiran negeri Johor.

Sesi 2005/06 di bawah pentadbiran Ustaz Mohamad Fairuz Tamjis, saya ditaklifkan sebagai Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan. Terlalu sedikit pengalaman di peringkat negeri jika mahu dibandingkan dengan teman-teman yang lain.

Sejujurnya, saya dihantar ke PMRAM demi memastikan amanah pentadbiran mahasiswa Islam di bumi Mesir ini dibantu dengan seadilnya. Mahasiswa diberi latihan, dibangunkan mindanya agar menjadi mahasiswa proaktif.

Ucapan kemaafan kepada Yang Dipertua BKPJM sesi lalu, Ustaz Firdauz Noh kerana saya tidak dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya. Jadual mesyuarat yang padat tidak mengizinkan saya menghadiri dua mesyuarat dalam satu-satu masa.

Apapun, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang saya mencurahkan idea dalam pentadbiran negeri pada tahun ini.

Dalam ucapan terakhir saya semalam, saya menyentuh bahawa biarlah siapa juga yang memerintah BKPJM, perkara yang paling utama adalah bagaimana BKPJM dinilai sebagai sebuah persatuan yang mampu mengembalikan roh mahasiswa sama ada Perubatan, Pengajian Islam dan Qiraat.

Tahniah kepada BKPJM yang buat kali pertama mengorak langkah mencalonkan Dr Yazid Hanzir selaku AJKT BKPJM.

Kita mahukan lebih ramai mahasiswa perubatan dalam pentadbiran kita akan datang. Tahniah!

Tambahan :

Tahniah kepada calon YDP saya yang menang merebut kerusi Yang Dipertua!!! Tahniah buat Ustaz Basir


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)