Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, August 24, 2009

Seorang Demi Seorang Tinggalkan Kaherah

Ustaz Azrul nak balik juga?

Ahli Bait yang sudah pulang lebih seminggu yang lalu..

Ketika catatan ini ditulis, saya duduk keseorangan ;(

Pulang setelah tamat pengajian barangkali tidak sama dengan suasana pulang bercuti. Bermula bulan Ogos, mahasiswa yang telah tamat pengajian akan berbondong-bondong meninggalkan Kota Kaherah dan berlepas pulang ke Malaysia.

Bulan Ogos adalah paling awal. Ada yang memilih September, Oktober, November, atau Disember. Paling mengasyikkan adalah mereka yang mampu bertahan sehingga ke Januari hingga Mei tahun akan datang.

Saya akui ada di antara mahasiswa yang sudah mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar sanggup 'duduk' di bumi Mesir lagi setahun. Barangkali masing-masing punya keputusan tersendiri. Saya juga punya pandangan tersendiri berkenaan hal ini.

Pulang awal pastinya membawa kesan yang baik mahupun sebaliknya. Pulang awal bermakna Sijil Asli masih lagi tidak berada di tangan. Yang ada hanya Sijil Sementara yang dikeluarkan oleh pihak universiti. Proses yang terlalu lama barangkali menyebabkan sebahagian mahasiswa tidak sabar untuk meninggalkan tanah gersang Mesir.

Terpulang.

Dalam kehidupan tinggal berseorangan di rumah lebih-lebih lagi kawan serumah sudah pulang ke Malaysia memang membosankan. Tetapi, hal keadaan tersebut harus dibuang jauh ke muara sungai. Kerana, saya juga akan pulang pada satu waktu yang sudah ditetapkan.

Insya-Allah. Bagi saya, awal ataupun lambat pulang bukan jadi ukuran sangat. Yang penting setiap graduan sudah menyusun gerak langkah hidup sebagai seorang lepasan Al-Azhar. Mahu berada di dalam sektor mana, mahu bekerjaya atau menyambung pengajian, semua itu pastinya sudah direncanakan oleh setiap individu.

Oleh kerana saya adalah salah seorang graduan itu, saya juga sudah merencanakan ke mana hala tuju saya selepas ini. Baik atau buruk keputusan yang dibuat itu, moga-moga direstui oleh Tuhan yang Maha Menentukan.

Saya kelaskan diri saya sebagai mahasiswa divergen. Apa itu divergen? Nanti saya perjelaskan. Ada dua jenis individu dan masyarakat pelajar. Pertama disebut konvergen dan yang kedua disebut divergen.

Saya ulang sekali lagi bahawa saya adalah mahasiswa divergen. Golongan kedua. Apabila ia menyentuh kelas kedua, barangkali sekali imbas kita sudah melihat bahawa golongan pertama lebih baik daripada golongan kedua.

Tetapi harus diingat juga, bukan makna yang kedua adalah selemah yang pertama. Masing-masing punya kelebihan. Bagi saya, saya punya satu misi dan visi baharu dan tersendiri. Sebab itu, biarlah saya menjadi divergen kerana banyak kelebihan tersembunyi daripadanya.

Usah Salahkan Ijazah Pertama

Saya tidak akan salahkan Ijazah Pertama saya jika bukan jurusan Syariah yang saya akan teruskan. Barangkali ada pihak yang menganggap, belajar Syariah selama 4-5 tahun menjadi keperluan untuk terjun ke dalam medan dan industri Syariah.

Saya tidak fikir sehingga begitu. Sebab itu, ramai di kalangan graduan di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang tidak semua akan menjadi peguam. Tidak semua graduan dalam bidang Mekanikal Kejuruteraan akan terus menjadi arkitek dan sebagainya.

Saya berpandangan bahawa seorang graduan yang menyempitkan bidang pengajian mereka dengan apa yang mereka akan terjuni (industri pekerjaan) hanya akan menutup skop pemikiran mereka.

Oleh hal tersebut, ramai juga yang mengganggur menunggu kerjaya dalam bidang mereka tidak berkunjung tiba sehingga bertahun-tahun.

Oleh yang demikian, banyak sebenarnya faktor yang mendorong seorang graduan tertumpu ke dalam bidang mereka tanpa memikirkan apa yang mereka akan lakukan selepas ini. Seingat saya tahun 2006, seorang pensyarah mengatakan kepada saya,

"Ilmu yang awak belajar di kuliah hanya 20% sahaja digunakan. Selebihnya adalah kemahiran dan pengetahuan yang awak ada."

Apa yang berlaku nanti semuanya adalah ketentuan-Nya. Saya reda dan akan terima kerana saya pasti apa yang saya lakukan tidak silap!

5 comments:

Ibnu Ali said...

tidak terlalu sempit dan jangan pula ditinggal begitu sahaja...

ainon mohd said...

Di PTS banyak gaduan syariah yang kini menjalankan tugas di jabatan marketing, jabatan sales, dan jabatan editorial.

typeace said...

Ibnu Ali

Moga-moga lepasan Al-Azhar ada peluang yang tidak sempit

Puan Ainon

Fikir saya, mahasiswa kita perlu terjun ke dalam sektor

Mohd Shahrizal Nasir said...

syafiq...

"Tidak semua graduan dalam bidang Mekanikal Kejuruteraan akan terus menjadi arkitek..."

memang la, mekanikal kejuruteraan jadi jurutera la syeikh...huhu

typeace said...

Ijal

Aku saja nak menguji tahap pembaca tegar macam kau..

Mabruk la