Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, August 19, 2009

PUISI : Anak-Anak Hari Ini



Anak-anak hari ini
bila berjaya diberinya harta
diberinya dunia
yang hanya sementara.

Anak-anak hari ini
bila berjaya disuapnya bahagia
dikenyangkan dengan makanan gembira
dilayan dengan pelayan jiwa
memartabatkan bangsa.

Anak-anak hari ini
lebih bersuka ria
dari tangis derita
kerana ibu bapanya
disuapkan dengan sebiji kereta
apabila berjaya.

KAHERAH
19 Ogos 2009

No comments: