Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, August 29, 2009

Mencari Makna


TUHAN telah menetapkan perjalanan hamba-Nya. Saya amat yakin dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Artikel kali ini adalah satu signal penting kepada pengalaman sebagai peserta Seminar Penulisan Cereka pada November 2007 yang lalu.

Saya punya satu prinsip bahawa kita harus mencipta perkara luar biasa sebagai manusia biasa. Maka, keperluan yang mendesak itu menjadikan saya memilih bidang ini. Ya. Dunia penulisan yang lebih terarah.

Malah bidang penulisan karya kreatif (cerpen, novel, puisi, drama, skrip filem dan lain-lain cabang seni) adalah menjadi mauduk utama saya dalam penerapan nilai dan latihan penulisan itu.

Sebab itu, kalau diberikan satu ijazah kepada saya; saya amat cocok jika dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan minor Sastera. Barangkali ada yang tidak bersetuju atau ada yang amat-amat bersetuju. (Ayat yang terlalu 'ambitious' barangkali)

Itu saya serahkan kepada kalian untuk mentafsir.

Sebagai seorang mahasiswa yang lahir daripada dunia pendidikan Al-Azhar, saya terlalu memikir jauh tentang kehidupan saya. Malah, saya meletakkan bakat dan minat lebih daripada segalanya. Oleh sebab itu, saya sanggup berhabis-habis tenaga dan keringat demi mencapai satu cita-cita.

Seminar Penulisan Cereka 2007 adalah mauduk perbahasannya. Bagaimana saya sanggup meninggalkan bandar Johor Bahru semata-mata mengisi kekosongan sebagai salah seorang peserta pada ketika itu. Walaupun sebenarnya tiga hari selepas itu saya akan meninggalkan Malaysia dan pulang ke Mesir, tetapi kesempatan itu saya gunakan dengan sebaiknya.

Fikir saya, apa ada pada tenaga dan usaha jika kemahuan mengatasi segalanya.

Oleh sebab isu pengangguran berleluasa sehingga saya terlalu tertekan dengan masalah ini, maka saya memilih jalan selamat. Ya. Sebagai mahasiswa pengajian Islam yang dilabel sebagai graduan 'sempit' peluang bagi mengharungi dunia pekerjaan, saya harus keluar dari kepompong itu.

Saya perlu bina sesuatu yang baharu kerana dengan pemikiran di luar kotak itu kita dapat terjun ke dalam pelbagai industri. Itu yang saya harapkan daripada semua mahasiswa kita di bumi Mesir. Berfikir di luar kotak supaya akhirnya nanti kita bukan disanjungi kerana mempunyai latar pendidikan agama yang terancang tetapi kita punya sebab mengapa industri memerlukan kita.

Oleh sebab pembangunan insan ini sukar saya diterapkan pada setiap individu secara umum, tetapi bagi saya cukuplah sejumlah 10 orang kawan-kawan yang telah saya dedahkan akan kepentingannya.

Mahasiswa semenjak tahun satu lagi saya sudah suapkan dengan pelbagai pemikiran. Ya, pemikiran yang menuntut kita berada di dunia baharu. Bukan hanya dunia kertas peperiksaan sahaja. Sebab itu, program-program yang dijalankan oleh PMRAM di Mesir adalah program mendidik pembangunan insan. Program yang memperkenalkan kita dengan dunia realiti yang sebenar.

Kita bincang semula berkenaan seminar tadi. Sebenarnya, signal yang paling penting dalam seminar itu adalah pertemuan dengan beberapa individu penting. Ini termasuklah Sasterawan Negara, A Samad Said, penulis terkenal Faisal Tehrani dan Nisah Haron, pengerusi syarikat penerbitan Melayu PTS, Puan Ainon Mohd, penulis dan pengarang yang saya hanya dengar dan lihat sebelum ini melalui buku dan majalah sahaja.

Dengan seminar itu saya mengenali Dr Anwar Ridhwan (kini Sasterawan Negara), Ustaz Azizi Abdullah, Dr Mana Sikana, Dr Lim Swee Tin (penyair berbangsa cina terkenal), dan ramai lagi.

Dengan seminar itu juga saya mengenali Dr Mawar Shafie (pensyarah UKM), editor Majalah Nur (Kak Salina Ibrahim), En Azman Ismail (kini pensyarah di ASWARA) dan ramai lagi.

Dengan kapasiti saya sebagai seorang mahasiswa yang masih menuntut, saya amat ketahui bahawa saya tidak punya apa-apa. Oleh yang demikian, saya perlu mencari ruang agar suatu masa nanti saya akan berkhidmat dengan dunia yang saya amat minati itu.

Ya. Dunia penulisan dan buku.

Sejujurnya juga Mesir yang telah memperkenalkan saya dengan dunia ini. Apabila lambakan buku berada di bumi Mesir menyebabkan saya berfikir mengapa buku-buku ini saya tidak jamah dengan rakusnya? Dengan beberapa pengalaman itulah saya melihat dunia buku amat memberi peluang yang luas kepada mana-mana pihak. Sebab itu, saya amat senang jika saya menjadi sebahagian daripada anggota buku itu.

Tambahan :

1. Dunia pekerjaan adalah dunia yang amat penting. Oleh hal yang demikian, bekerja dengan minat peribadi adalah emas yang paling berharga.



1 comment:

Salemy said...

Assalamualaikum wbt.

Tukarkan 'typeace.blogspot.com' kepada 'typeace.ws' dan jana pendapatan seumur hidup melalui nama kedai (domain name) + lot kedai (web hosting) baru anda.. Hanya $10/month. Untuk keterangan lanjut sila layari :

www.website.ws/salemy82/ Syafiq&Zulakifli

Yang benar,
Salemy Amat Shah
www.tagged.com/su_student_inamie