Langkau ke kandungan utama

SASTERA : Akhbar Hari Ini

Sumber : Berita Harian Online
(Difahamkan bahawa ruangan Sastera akan terbit setiap hari di Berita Harian. Tahniah!!!)


Panel Bicara Tokoh Sastera luah rasa tidak puas hati


BICARA Tokoh Sastera Pengalaman Sebagai Sumber Pelajaran menjadi medan meluahkan rasa tidak puas hati layanan yang diberikan kepada mata pelajaran Sastera di sekolah negara ini mahupun industri kreatif yang didakwa lebih mengutamakan karya komersial dengan tumpuan dalam industri hiburan berbanding teks serius.

Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan, menganggap senario penutupan kelas Sastera di kebanyakan sekolah mendorong kepada peminggiran Kesusasteraan Melayu daripada mendapat tempat di hati pelajar, walaupun pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah berkuat kuasa.

"Pemberian Anugerah Tokoh Akademik kepada SN, Prof Dr Muhammad Salleh, menunjukkan sastera masih mendapat tempat dalam masyarakat, tetapi perkembangan ini masih terlalu perlahan berbanding perkembangan sastera di negara lain kerana peradaban kita memerlukan karya lebih bermutu.

“Senario semasa ini memerlukan pelajar jurusan Sastera bijak mencuri peluang dalam industri yang meliputi pelbagai cabang kesenian dengan mengetengahkan bakat yang ada tanpa membiarkan industri itu didominasi sesetengah pihak saja," katanya yang juga Ketua Satu, Persatuan Penulis Selangor (PPS) ketika merasmikan bicara terbabit.

Bicara anjuran Kelas Pengajian Melayu, Pusat Kesusasteraan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan PPS yang berlangsung di Bangi, baru-baru ini, bertujuan menghargai sumbangan karyawan kelahiran Selangor.

Penyair yang juga mantan guru, Ahmad Sarju, sebagai karyawan seni yang diraikan pada bicara itu, mencadangkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diwajibkan di semua sekolah menengah bagi memastikan subjek berkenaan tidak terkebelakang dan dikaburi oleh perkembangan subjek Sains.

"Perkembangan teknologi dan sains terus melalaikan masyarakat sehingga timbulnya tanggapan kelompok yang mengambil subjek Sastera dianggap kurang cerdik dan generasi muda dimomokkan daripada mengambil jurusan ini sebagai pilihan,

"Saya difahamkan ada usaha untuk mengembangkan sastera, tetapi perkembangannya terbatas kepada pihak yang dekat dengan cabang kesenian saja, manakala generasi muda terus disogok dengan sains dan teknologi,” katanya ketika ditemui pada program yang dipengerusikan oleh Pegawai Perancang Bahasa DBP, Shahrun Nizal Mohd Nor.

Beliau turut melahirkan kekecewaannya terhadap industri kreatif yang lebih memberi peluang kepada kelompok komersial, walhal karyawan tanah air yang bekerja di belakang tadbir banyak memberi sumbangan kepada pembangunan kesenian dan kebudayaan negara.

“Saya tidak bermaksud untuk bermegah, tetapi sebagai antara yang memartabatkan Kesusasteraan Melayu, saya berharap ia dapat dikembangkan melalui kegiatan sastera iaitu dengan mempertemukan penulis tanah air dan penggiat seni tempatan bagi memastikan tidak wujudnya diskriminasi,” jelasnya.

Pengarang kreatif yang juga guru, Amin Minhad, mengakui karya sajak dan syair masih berkumandang di stesen televisyen, tetapi ia tetap meralatkan kelompok penyair kerana pencipta asal puisi tidak ditampilkan, sebaliknya artis tempatan menjadi pilihan untuk beraksi.

"Keadaan ini seperti kacang lupakan kulit. Layanan sedemikian seolah-olah menganggap pengarang asal tiada nilai komersial. Kami tidak memerlukan dunia glamor untuk mengembangkan hasil seni, tetapi cukup sekadar diberi penghargaan dengan memberi sedikit ruang dan peluang untuk sama memeriahkan dunia karyawan seni,” katanya.

Amin Minhad berharap industri kreatif yang diwakili pelbagai cabang seni mengamalkan persaingan sihat dengan memberi peluang dan ruang sama rata kepada semua pihak, tanpa memilih bulu walaupun keuntungan menjadi keutamaan masyarakat masa kini.

"Saya dapati program yang mengetengahkan karya sastera ilmiah dan Islami kurang mendapat tumpuan masyarakat dan pihak korporat berbanding program realiti hiburan yang mendapat tajaan daripada pelbagai pihak. Situasi ini memberi kesan kurang sihat kepada kemampuan karya puisi dan cerpen untuk berkembang," jelasnya.

Justeru, kesedaran semua pihak terhadap fenomena ini penting sekiranya negara mahu memastikan hadirnya keseimbangan antara hiburan dengan sastera ilmiah, bagi membolehkan kedua-duanya berkembang seiring dan memenuhi kepelbagaian selera masyarakat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)