Langkau ke kandungan utama

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KELUAR SECARA RASMI

Keputusan sedang ditampal. Kanan sekali adalah Pegawai Pengurusan dan
Pentadbiran Syariah tahun 4.

Inilah bentuk dan sistem bagaimana keputusan peperiksaan ditampal.

AKHIRNYA keputusan peperiksaan secara rasmi keluar pada 16 Ogos 2009. Saya telah mengetahuinya lebih awal iaitu pada 2 Ogos 2009 melalui 'bilik kontrol' (macam bilik kebal di Lembaga Peperiksaan Malaysia) dan minggu lalu di bilik pentadbiran Al-Azhar tahun 4. Oleh itu, keputusan yang sama menjadikan saya tidak seghairah kawan-kawan yang lain. :)

Petang hari Ahad bersamaan 16 Ogos 2009, mahasiswa tahun 4, Syariah Islamiah di Kaherah akhirnya menunggu dengan sabar apabila keputusan secara rasmi ditampal di belakang kuliah.

Saya ucapkan jutaan tahniah kepada kawan-kawan senegeri dan senegara yang berjaya. Paling menggembirakan teman-teman di dalam 'kumpulan belajar' kami akhirnya melepasi halangan dengan berjaya mendapat keputusan yang membanggakan semua pihak.

Terima kasih kepada keluarga, teman-teman, sahabat dan sanak-saudara yang menanti kepulangan saya sepanjang lima tahun bermukim di bumi Mesir. Bermula 24 Oktober 2004 sehingga 2009 adalah satu perjalanan pendidikan yang memerlukan kesabaran dan ketenangan.

Saya pernah mengalami saat duka; saat tidak dapat menyempurnakan amanah ini dengan sebaiknya. Namun, keputusan yang terbit ini mengajar saya bahawa; kegagalan hari semalam bukanlah kegagalan yang hakiki.

Terima kasih kepada Tuhan yang menjanjikan. Terima kasih kepada kerjaya yang sudah menanti di hadapan. Terima kasih kepada ibu bapa yang telah berkorban wang, tenaga, dan harta segalanya untuk saya menunaikan amanah yang paling besar ini. Terima kasih kepada semua pihak yang menanti kepulangan saya dalam masa yang terdekat ini.

Percayalah, saya mempunyai suatu visi dan misi dalam hidup agar menjadi seorang warga azhari yang bukan hanya bercakap berkenaan agama semata-mata tetapi lebih daripada itu adalah sebagai model terbaik untuk digunakan oleh rakyat dalam bidang profesional. Apabila mahasiswa lepasan Al-Azhar tidak dilabel sebagai golongan profesional, itu adalah satu pemikiran yang bagi saya masih lagi belum mencapai tahap maksima.

Terima kasih kepada PMRAM yang membesarkan saya dibumi Mesir dengan amanah ilmu yang berguna. Ilmu persatuan, ilmu kreadibiliti kepimpinan dan sebagainya. Terima kasih kepada pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang mengenali pencapaian saya sebagai seorang mahasiswa.

Terima kasih segalanya!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)