Gambar sekadar hiasan (Majlis Pengumuman Puasa oleh Mufti Kerajaan Mesir) Apabila tiba di Malaysia, sasaran pertama saya adalah menghadiri seminar atau persidangan berkaitan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang teringin mengiringi saya dan menemankan saya di dalam bilik penginapan (barangkali Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru), bolehlah kiranya menghubungi saya. Kita boleh sama-sama duduk semeja di dalam persidangan itu nanti. Kerajaan Negeri Johor sekali lagi dengan sukacitanya akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia pada 28-30 September 2009 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru. Persidangan ini diselenggarakan secara bersama oleh Yayasan Warisan Johor, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, UPSI dan DBP. Persidangan ini akan membentangkan lebih kurang 30 prosiding daripada 30 orang para pemakalah yang kebanyakannya merupakan IPTA tempatan dan luar negara ter...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran