(Suatu sorotan untuk 'teman') Saya dihujum dengan pelbagai salah tanggap negatif. Ya benar! Walaupun saya sudah tahu siapakah mereka 'teman' dan seangkatan dengan mereka. Pertama kali, biarlah saya memohon maaf jika ada yang terasa tentang perkara-perkara yang saya maklumkan itu. Wah! Sungguh mudah menjadi seorang penulis. Pertama, dikenali ramai dengan tulisannya. Benarlah kata-kata yang pernah saya dengar dari penulis-penulis sebelum ini, seseorang itu akan dikenali kerana karya-karyanya. Walaupun begitu, saya bukanlah layak digolongkan dengan kaum sejenis dengan mereka itu. SYEIKH Idris Marbawi terkenal kerana Kamus Marbawinya. Begitu juga tokoh-tokoh yang lain. Walaupun kita tidak sempat bertemu dengan mereka, tentunya karya mereka kita akan baca. Saudara saudari yang budiman, Tentunya saya tertampar dengan hujuman tidak berasas. Orang mengatakan saya anti-Niqab? Ya! Tentunya fakta ini benar bagi mereka yang tidak memahami konsep penulisan saya. Langsung sahaja saya...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran