Langkau ke kandungan utama

Persiapan Terakhir


SAYA dan kawan-kawan barisan kepimpinan sesi 2007 sedang bersiap sedia mengemaskan meja pentadbiran masing-masing. Sistem pemfailan dibukukan untuk generasi mendatang, bahan-bahan rujukan yang perlu dikemaskini dan banyak lagi tugas yang terpaksa dilaksanakan menjelang Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 yang akan berlangsung pada 19 Mac ini.

Lumrah. Setahun perjalanan tanpa noktah dengan pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan khususnya secara peribadi menjadikan saya lebih yakin dan percaya bahawa adik-adik bakal menggalasi tugas yang berat ini pada sesi mendatang.

Apapun, sedari awal saya masih akan tetap membantu pentadbiran walaupun susah senang bekerja di dalam organisasi yang tertua ini.

Inilah fenomena yang harus diterima. Pertukaran kerusi kepimpinan tidak bermakna yang bertukar tidak hebat dan begitulah sebaliknya. Apapun yang pasti, saya mendoakan usaha yang kita lakukan selama ini akan mendatangkan kebaikan kepada kita bersama.

Siapakah yang bakal menduduki takhta Setiausaha Agung PMRAM 2008? Semua perkara tersebut masih lagi belum menemui jalan penyelesaiannya. Yang penting (saya maklumkan dahulu) bahawa kerusi kepimpinan PMRAM tahun 2008 akan bertukar secara drastik.

Ini bermakna, kedudukan Timbalan Presiden PMRAM bukan lagi sebagai Ketua Lajnah Dakwah, dan sama-sama kita nantikan rombakan kabinet PMRAM yang dijangka mula diumumkan 48 jam selepas kerajaan PMRAM 2007 melabuhkan tirainya.

Terima kasih kepada semua. Dan persoalan siapakah 5 orang Badan Pengurus dan HEWI PMRAM yang akan kekal masih lagi menjadi tanda tanya. Siapa? Siapa? dan Siapa?

Di antara nama-nama yang menjadi pertaruhan kekal :

1. Mohd Juzaili Juhan
2. Mohd Rasul Amat
3. Md Khairul Anuar Mohd Ariff
4. Khusaini Md Yusoff
5. Syafiq Zulakifli
6. Abdul Hadi Awang
7. Abdul Muiiz Muhammad
8. Mohd Nazrul Abdul Nasir

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...