Langkau ke kandungan utama

Siapa Yang Salah?


(Suatu sorotan untuk 'teman')

Saya dihujum dengan pelbagai salah tanggap negatif. Ya benar! Walaupun saya sudah tahu siapakah mereka 'teman' dan seangkatan dengan mereka. Pertama kali, biarlah saya memohon maaf jika ada yang terasa tentang perkara-perkara yang saya maklumkan itu.

Wah! Sungguh mudah menjadi seorang penulis. Pertama, dikenali ramai dengan tulisannya. Benarlah kata-kata yang pernah saya dengar dari penulis-penulis sebelum ini, seseorang itu akan dikenali kerana karya-karyanya. Walaupun begitu, saya bukanlah layak digolongkan dengan kaum sejenis dengan mereka itu.

SYEIKH Idris Marbawi terkenal kerana Kamus Marbawinya. Begitu juga tokoh-tokoh yang lain. Walaupun kita tidak sempat bertemu dengan mereka, tentunya karya mereka kita akan baca.

Saudara saudari yang budiman,

Tentunya saya tertampar dengan hujuman tidak berasas. Orang mengatakan saya anti-Niqab? Ya! Tentunya fakta ini benar bagi mereka yang tidak memahami konsep penulisan saya. Langsung sahaja saya tidak mengaitkan satu apa pun dengan isu tersebut malah hujuman ini benar-benar menjadikan saya sungguh berkecil hati.

Saya tidak pernah menghalalkan yang haram malah tidak pernah mengharamkan yang halal. Justeru mengapa saya dihujum sebegini teruk berkenaan isu niqab? Adakah dengan meletakkan gambar seorang wanita berpurdah sahaja saya sudah digelar sebegini rupa?

Ini masalah Naqibat-Naqibat kita. Hujum tidak tentu hala. Tidak ada bukti dan tidak ada dalil, semuanya diletakkan terpundak begitu sahaja.

Jika selepas ini saya meletakkan seorang wanita yang tidak bertudung di dalam blog ini, tentu sahaja saya dikatakan gila wanita tidak bertudung. Ini masalah kita sendiri. Bercakap tidak serupa bikin. Menghujum sahaja tanpa usul periksa. Semuanya akan tertampar pada saya. Kesiannya saya.

Sekadar berseloroh, setiap apa yang diutarakan adalah pandangan peribadi. Malah saya tidak pernah meletakkan hujah dan sebarang perkara itu di bawah tanggungjawab saya sebagai seorang pemimpin. Ini adalah blog peribadi. Maka, tidak perlu kalian semua menghujum status saya sebagai apa jua jawatan.

Jika blog ini dikatakan rasmi sebagai blog Setiausaha Agung PMRAM, malah saya akan berlapik jika bersuara. Namun, sedari awal saya perlu maklumkan ini blog peribadi saya. Lantas, apa sahaja isu yang dibangkitkan usah mengamuk tidak tentu pasal.

Terima kasih kepada anda yang benar-benar prihatin. Barulah saya ketahuan di mana yang baik dan buruk. Semenjak dari itu, kalian juga harus lebih berhati-hati di dalam tutur bicara.

Kepada 'teman' minta maaflah secara terbuka jika anda berasa silap. Usah terkeseng-keseng lagi walaupun saya sudah ketahuan siapakah anda!

Maafkan saya. Wassalam



Ulasan

IshaQHaniS berkata…
sabar ust Syafiq ya,
biasalah, orang perempuan nih... kita kene la banyak b'sabar skit... :-)
alQasam berkata…
Salam ustaz

Walau ana juga seorang perempuan dan juga membaca tulisan ustaz, namun ana faham benar akan maksud penulisan ustaz tersebut. Budaya berfikiran kritikal di kalangan mahasiswa Mesir dan tidak bersikap terlalu defensive masih minima di sana. Kadang2 kita sendiri malah.

Bersabarlah. Setiap penulis perlu bersabar andai tulisannya disalah ertikan atau disalahfahami setelah dia berusaha memperelokkan tulisan. Ketika inilah kita harus menjadikan hati kita dikawal dengan bijaksana dan dipandu agar hanya melihat Allah. Pedih terluka bukankah semuanya dari Allah? Agar nafsu, kegoaan terdidik dan tidak dimanjakan.

Setelah bertahun di alam blogging, ana belajar untuk tidak menjadi terlalu defensive. Ada petua dari bakal motivasi Barat mengatakan andai kita dikritik tindakan paling baik adalah mendiamkan sahaja walau benar atau salah kita.

Sekurang-kurangnya kita telah membuat mereke berfikir!

Allahu'alam
Tarbus Merah berkata…
terima kasih kepada yang memahami. Ini cerminan hidup kita sendiri

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)