Langkau ke kandungan utama

Kusiram-siram Kemboja Indah


Detiknya sudah pasti. Esok, akan berlangsungnya Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 di Dewan Nadi Riadhi, Hayyu Sadis, berhadapan Universiti Al-Azhar, Madinah Nasr, Kaherah. Beberapa hari yang terakhir ini merakamkan gundah gulana di dalam diri sendiri.

Ripuh yang seakan-akan hilang sedikit demi sedikit ini belum tentu terpadam dengan rasa rendah diri kita selaku insan yang bergelar pemimpin. Bukan rasa taklifan yang tidak terlunas, tetapi ada satu rasa tidak percaya bahawa dua penggal pentadbiran sudah ditamatkan.

Rasa kekok membelah diri. Apakah nanti PMRAM akan datang bakal diwarnai dengan seribu satu warna-warna kebangkitan semangat seperti zaman-zaman lampau. Pentadbiran kian berubah. Yang kekal tetap akan meneraju kepimpinan, dan yang akan meninggalkan PMRAM tentunya terdetik dijiwa akan kepiluan melepaskan pentadbiran.

Saya kurang pasti, apakah ayat terbaik mahu saya lakarkan. Dan, paling penting yang saya perlu maklumkan bahawa nyawa kita sememangnya tidak sama. Jiwa kita juga tidak sama. Sayang kita pada PMRAM juga tidak sama. Saya mengenal PMRAM dengan sebuah airmata yang tidak tertolakkan. Pagi, petang dan malam saya berjalan di bawah kepiluan dan semangat yang terus ditunjukkan oleh rakan kepimpinan.

Membawa gelombang kemajuan PMRAM tidak langsung sama dengan membawa BKAN dan DPM. Susur galur PMRAM yang begitu memilukan di samping onak duri yang melanda sepanjang perjalanan PMRAM tentunya mengundang pelbagai pancaroba yang tidak berkesudahan.

PMRAM yang sudah lama bertapak ini tidak mampu didokong dan disokong jika tidak ada ahli yang sudi membantunya. PMRAM bukan persatuan yang sama dengan persatuan-persatuan lain. PMRAM ada catatan peristiwa tersendiri. Jika anda menghayati susur kehidupan PMRAM tentunya anda tidak akan putus airmata mengenangkan PMRAM yang sememangnya sudah berada di hujung tanduk masih mampu berdiri.

Usia renta yang meladeni kehidupan PMRAM tentunya sudah cukup menyatakan bahawa PMRAM adalah sebuah jalan cerita yang tidak akan ada noktahnya. Justeru, daripada hati yang tulus ikhlas ini, saya mengajak kalian selaku pendengar, pemerhati, pengkritik, penyumbang tenaga kepada PMRAM agar membantu dan menyokong PMRAM agar nanti ada waris-waris yang mampu menjaga PMRAM pada hari mendatang.

Salam Sayang Yang Tidak Berkesudahan

Syafiq Zulakifli


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)