Langkau ke kandungan utama

PMRAM Harus Bangunkan Modal Insan Yang Terancang

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah memulakan sesi pentadbirannya pada 11 April 1930 memerlukan satu anjakan yang besar untuk generasi muda pada hari ini. Selepas 78 tahun bertapak di bumi Mesir tentunya PMRAM bersedia untuk memecahkan minda mahasiswa Al-Azhar pada hari ini yang dianggap klise.

Sedari awal, kepimpinan memainkan peranan penting di dalam mencorakkan pentadbiran yang didasari dengan garis panduan membentuk peribadi. Mahasiswa Al-Azhar perlu dilatih sebagai seorang pendakwah Islam yang mempunyai nilai-nilai sosial yang besar agar suatu masa nanti mereka tidak akan tumbang meredah kemajuan zaman dan teknologi.

Seharusnya usaha ini harus dibantu dan disokong oleh ahli PMRAM yang berada di Kaherah mahupun di cawangan-cawangan yang berada di sekitar Mesir.

Saudara-saudari sekalian,

Usaha PMRAM membawa perubahan ini jelas terbukti apabila Naib Presiden I PMRAM memundak jawatan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan. Jawatan ini dianggap serius kerana mahasiswa Al-Azhar sudah sampai masa untuk disogok dengan aktiviti terancang yang munasabah.

Mahasiswa Al-Azhar perlu dilatih, diberi modul utama agar mampu berdiri setanding dengan mahasiswa sedunia. Kita tidak mahu lagi mahasiswa kita 'tidur' tanpa menggali sesuatu hasil. Kesempatan yang diberikan menuntut di bumi Mesir ini seharusnya dipraktikkan dengan cemerlang agar kita sedar bahawa tanggungjawab ini didasari dengan amanah dan taklifan yang besar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)