Langkau ke kandungan utama

PILIHANRAYA KE-12 : Antara Pahit dan Manis


SELESAI sudah keputusan pilihanraya ke-12 yang menyaksikan pertarungan sengit di antara pihak Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Tentunya impian BA merampas beberapa buah negeri menjadi kenyataan sementelah yang difikirkan tidak sebegitu.

Terduduk sebentar Pak Lah di atas kerusi sofa yang kematu. Mungkin juga memikirkan masa depan Barisan Nasional. Namun, sebagai manusia biasa, saya yakin dan percaya Pak Lah juga banyak 'menginsafi' diri terhadap kezaliman-kezaliman peribadi atau kekurangan diri.

Akur dengan pilihan pengundi yang mahukan kerajaan adil dan beramanah. Secara peribadi, tokoh-tokoh Islam Hadhari yang dijual oleh Pak Lah kurang menjadi untuk PRU kali ini. Multaqa Islam Hadhari juga yang dianggap sebagai salah satu momentum kepada kerajaan Islam Hadhari yang diharapkan oleh UMNO juga serba sedikit merencatkan tektik Pak Lah.

Apa yang penting media cetak mahupun media televisyen 'kerajaan' akan berhenti mengulas isu-isu pro-pro-pro kerana tekanan tugas yang berubah.

Seriusnya, saya tidak suka bicara tentang politik. Bagi saya politik itu wajar, tetapi selepas individu itu menamatkan pengajiannya.

Berikutan kemenangan BA di negeri-negeri panas seperti Selangor, Kedah, Perak, dan Pulau Pinang ianya seakan-akan menjadi petanda baru kepada kegemilangan mahasiswa di Mesir ini. Sedari awal, semua pihak maklum bahawa mahasiswa Selangor yang sudah masak dengan istilah 'tarik zakat' ini mungkin akan tidur lena selepas ini.

Juga, mungkin juga kepada 'Rumah Kedah' yang selalu digunakan untuk aktiviti kelas pengajian Syeikh Nuruddin di Hayyu Asyir akan kembali beroperasi. Tetapi, dalam masa yang sama saya terfikir apakah yang akan berlaku kepada mahasiswa Terengganu dan Pahang yang berada berdekatan dengan bangunan kediaman mereka? Adakah mereka juga akan disekat daripada menyertai aktiviti-aktiviti mahasiswa di Mesir ini?

Tentunya perbahasan topik menarik di dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 ini. Sama-sama kita nantikan pada 19 Mac ini.

Nota :

Ustaz Syafiq masih kekal ke? Tentunya soalan ini saya akan jawab, nantikan saja!

Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Bicara politik tidak perlu habis mengaji, cuma menceburi bidang politik atau terlibat secara langsung dengan aktiviti politik sewajarnya lepas abis ngaji.

Cuma itu dari sudut politik yang disempitkanlah seperti apa yang disebut oleh Menteri Pnegjian Tinggi dahululah. Cuma kalau nak lihat sudut siasah Islamiyah yang lebih luas dan paduu itu kadang-kadang tidak menanti perlunya abis mnegaji.

Mungkin ini terdorong dengan sistem yang diguna pakai oleh Malaysia iaitu demokrasi yang semestinya setiap 5 tahun kena berbalah dan berparti.

Sekadar pandangan seorang mahasiswa yang belum habis ngaji...
Tarbus Merah berkata…
pandangan saudara sememangnya saya terima. Benar, mahasiswa wajar berpolitik. Tetapi turun ke medah politik mungkin belum lagi

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)