Amanah Penulisan

REALITI yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang benar. Selaku kepimpinan di pusat (PMRAM) saya meninjau bahawa Kelantan adalah di antara negeri yang aktif di dalam penghasilan majalah ataupun buletin. Dengan berbekalkan semangat dan iltizam memanjang saya kira, hasil karya melalui Buletin An-Naba, Suara Kampus Edisi Kelantan (SKEK) dan beberapa lagi penerbitan berjalan dengan baik dan sempurna.


Ustaz A Ubaidillah Alias (senior kita) telah pun menerbitkan novel keduanya di PTS Publication. Ia berjudul 'Warkah Cinta Berbau Syurga'. Saya belum mendapatkan lagi novel terbaharu ini. Mungkin saya jika ada kesempatan nanti, mahu sahaja saya peroleh dari penulis sendiri.

Mereka yang berada di Mesir tentunya akan mendapatkan novel ini kerana ianya berlatarkan Mesir. Perjuangan KPKM, BKASM dan PMRAM dilakarkan dalam novel ini. Kurang pasti sejauh mana kebenarannya kerana saya masih belum membacanya.


Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim