Macam-macam hal (2)


Di Malaysia, dua buah pengedar buku terbesar di Malaysia adalah POPULAR dan MPH. Masing-masing mempunyai cawangan di setiap negeri, malah ada juga yang membuka cawangan di daerah-daerah besar dan kecil.

Rata-rata pembaca buku dan peminat tegar buku akan bertemu dengan dua kedai buku terbesar di Malaysia ini.

Plaza Angsana di Johor Bahru pada peringkat awalnya membuka dua buah kedai buku terbesar ini. Walaubagaimanapun, Kedai Buku Badan Cemerlang telah menendang kedua-dua kedai buku ini disebabkan Badan Cemerlang menjual buku-buku bahasa Melayu.

Oleh sebab itu, Badan Cemerlang mampu berdiri kukuh pada hari ini disebabkan pengunjung Plaza Angsana majoritinya adalah orang Melayu.

2

Kebelakangan ini, ada pengedar terbesar ini yang sedang main jentik-jentik bersama PTS. Ada pengedar terbesar ini yang memaksa PTS memberikan diskaun yang tidak masuk akal kepada PTS.

Aduh! Terperanjat juga PTS mendengar simbol dan nombor diskaun itu. Mahu tidak mahu, sebagai penerbit, PTS perlu memastikan buku-buku dijual di kedai-kedai buku.

Di antara kaedahnya adalah :

1. Memaksa PTS tidak menumpu pengedaran kepada pengedar terbesar itu.

2. Memaksa peminat-peminat buku PTS supaya menekan pengedar-pengedar itu supaya menjual buku-buku PTS dalam kedai buku mereka.



Comments

memang best melepak di kedai buku.teringat bersila sehari suntuk ngan kakak kat MPH Midvalley.

nak komen sikit pasal buku2 PTS.boleh?

saya penagih buku tegar yang pernah menagih pelbagai jenis buku keluaran pelbagai syarikat.dalam banyak2 buku yang pernah dibaca,saya lihat buku2 keluaran PTS banyak berbeza dari segi persembahan grafik dan isi.memang mantap dan sesuai dengan perkembangan semasa.cuma sayangnya
harga terlalu mahal dan membuatkan pembeli berfikir banyak kali.

memang harga yang mahal akan mengangkat nilai sesebuah barangan.barang yang berkualiti perlu dibayar dengan harga yang senilai.tapi dalam situasi kematian bahasa melayu pada masa ini,mungkin PTS boleh menimbangkan harga baru untuk menarik minat pembaca melayu supaya budak2 kampung yang tidak berduit juga mampu memiliki bahan bacaan berkualiti dan membina minda.jika tidak,hobi membaca akan menjadi hak milik eksklusif orang-orang kaya sedang orang miskin hanya membaca karya-karya picisan di tepi-tepi jalan.

sekadar pandangan pembaca.
Setiap sesuatu ada kebaikannya....

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim