Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, July 06, 2010

Hujung Minggu di Pahang


9-11 Julai ini, saya bersama kakitangan dan keluarga PTS akan berada di Bukit Gambang Resort City, Pahang. Pelbagai acara disediakan dan yang paling utama jamuan makan malam bertemakan Hikayat 1001 Malam juga akan diadakan semasa di sana nanti. Sudah tiba masa untuk mencari pakaian bagi 'melaram' pada malam itu nanti.

Ini adalah kali pertama saya menyertai jamuan makan malam bersama staf PTS. Sungguh, PTS membuatkan saya tergila-gilakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Alhamdulillah.

Tambahan :

9 Julai ini, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009 akan diadakan di Pentas Istana Budaya, Kuala Lumpur. Mohon maaf kerana saya tidak dapat bersama pada tahun ini. Tahniah kepada pemenang yang terus tekal meraih anugerah di pentas ini.

Tahniah!

Nazmi Yaakub (wartawan Berita Harian@ teman saya) menggondol hadiah utama kategori cerpen dan membawa pulang RM 3,000.



No comments: