Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Membezakan Karya Sastera dan Karya Popular?

TENTU ada banyak perbahasan berkenaan hal ehwal sastera dan hal ehwal popular. Saya juga menjadi kebingungan apabila meletakkan takrif (maksud) bagi kedua-dua istilah ini.

PTS adalah syarikat korporat komersil yang menerbitkan sejumlah karya seni sama ada fiksyen mahupun non-fiksyen.

Namun, di sebalik kehangatan karya tersebut, karya-karya ini pula dilabel sebagai sastera dan popular.

Ada sesetengah pandangan yang mentakrifkan karya sastera adalah karya yang membangkitkan tema-tema sejagat manakala karya popular mempamerkan tema-tema cinta semata-mata.

Itu dari segi tema.

Kedua, apabila kita berbicara soal bahasa, tentunya gaya bahasa sastera lebih tinggi daripada bahasa popular. Mengapa? Ciri-ciri kesusasteraan bahasa adalah salah satu modal meningkatkan produktiviti sesebuah karya.

Patah-patah kata yang diletakkan di dalam karya sastera juga sedikit berlainan dengan karya popular. Mengapa? Sastera adalah mendidik pembaca. Justeru, sebagai pengarang sastera, secara peribadi saya berpandangan bahawa, kita perlu meletakkan sekurang-kurangnya 10 patah kata baru (vokab) bagi memperkenalkan kepada pembaca bahawa sastera tidak mati dengan vokab-vokab lama.

Lihat contoh di bawah :

Ali diam sejeda. Dia merenung ke arah matahari di atas langit. Dia ambil matahari itu, lalu meletakkan di dalam kocek bajunya. Kali ini, hatinya masih lagi bergalau. Entah. Dia masih lagi memikirkan situasi yang melanda dirinya.


Ulasan

rahmahmokhtaruddin berkata…
Terima kasih untuk pencerahan. =D

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)