Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, July 28, 2010

Sembang Kartunis

Tn Jonos dan Tn Zunar (di tengah)

PAGI tadi saya bersembang-sembang dengan Tuan Jonos atau nama sebenar beliau Tuan Nur Azlin Ngah. Beliau adalah mantan ketua pelukis bagi komik Gedung Kartun, Perak Darul Kartun dan beberapa lagi buah buku komik yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Jonos kini berkhidmat di PTS Islamika Sdn Bhd sebagai seorang editor kreatif. Banyak input baharu yang saya peroleh daripada beliau.

Pengalaman beliau menghasilkan karya komik politik itu, beliau kongsikan dengan saya. Terbelalak juga mata saya apabila mendengar cerita yang beliau sampaikan kepada saya. Politik-oh-politik UMNO....memang menakutkan.

Ada isu sekitar Saiful Bukhari yang beliau ceritakan. Patutlah dalam kursus yang kami adakan, beliau telah melukis gambar 'seluar dalam'. Apa agaknya makna seluar dalam itu?

Yang paling memeranjatkan saya adalah peristiwa pemimpin-pemimpin UMNO yang amat menakutkan saya. Ada kartun yang dilukis di dalam majalah-majalah kartun yang diharamkan itu sebenarnya adalah peristiwa betul dan sahih.

Wah... dahsyatnya politik negara pada hari ini.

Tambahan : Sudah penat rupa-rupanya peguam memikirkan hal ehwal politik negara.


No comments: