Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, July 02, 2010

Islam Adalah Penyelesaian


PENGGUNAAN slogan Islam Adalah Penyelesaian adalah satu istilah yang digunakan oleh parti bertanding bagi memperjuangkan hak Islam sewaktu saya di Mesir. Saya masih ingat lagi tatkala kain rentang di pasang di sekitar jalan semata-mata untuk memperjudikan Islam sebagai agama penyelesaian. Saya tidak pernah menafikan bahawa Islam adalah medan penyelesaian.

Oleh yang demikian, apa yang berlaku di sekeliling sebenarnya ada penyelesaiannya. Sebab itu, kita perlu berfikiran waras menetapkan satu-satu hukum. Saya percaya bahawa Islam itu didasari dengan empat sumber hukum yang disepakati. Pertama, Al-Quran. Kedua, Al-Hadis. Ketiga, Ijmak. Keempat, Qiyas.

Ada tanggapan mendakwa bahawa orang Islam tidak akan berdamai. Kata mereka, lihat sahaja orang UMNO dan PAS. Sebab itu UMNO memusuhi PAS. Begitu juga sebaliknya.

Kali ini saya mahu mengorek sejauhmana kehebatan UMNO mendahului PAS setelah penghijrahan ulama muda ke dalam UMNO. Apakah UMNO akan berbangga mempunyai tokoh-tokoh Islamisasi mereka sendiri.

Sebagai seorang penganut agama Islam, juga aktivis masyarakat Islam, saya harus menyedarkan diri saya betapa pentingnya slogan Islam adalah penyelesaian ini dikhabarkan.


No comments: