Tarbiah Siapa Yang Hebat?

SUDAH lama saya tidak mengarang isu-isu panas berkenaan hal ehwal kemahasiswaan di Mesir; juga menjentik-jentik Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Oleh hal yang demikian, tiadalah bicara hangat yang meniti di bibir-bibir telinga dan kantung e-mel saya.

Di Mesir, bakal membangun dua kepahlawanan tentera mahasiswa. Yang satu dinamakan PMRAM dan yang lagi satu dinamakan ISMA. Persoalan yang masih bergentayangan di dalam minda saya adalah; benarkan dua buah jemaah persatuan ini memang tidak akan bersatu sehingga hari kiamat?

Ada masalah besar sebenarnya berkenaan dua hal ehwal kepahlawanan mahasiswa ini. Tetapi, saya tidak mahu bicara. Biarlah kedua-dua buah persatuan ini berfikir dengan sewajarnya. Sepanjang saya berada di dalam kepimpinan PMRAM, minda saya sentiasa berfikir perkara-perkara yang positif. Walaupun demikian, sesekali ada yang tidak sedap didengar di cuping telinga berkenaan kepahlawanan mahasiswa ini.

Realiti, apabila kita menyebut berkenaan jemaah, maka yang terlintas di benak fikiran kita adalah tarbiah. Sejauhmana, tarbiah kedua-dua kepahlawanan mahasiswa ini? Siapa yang lebih hebat?

Percayakah kita bahawa di dalam sistem tarbiah ini, manhaj (silibus) memainkan peranan utama. Metod dakwah yang disampaikan juga diambil kira. Bagaimana sistem perlaksanaannya juga wajar difikirkan.

Saya tahu bagaimana sistem dakwah ABIM, ISMA dan PMRAM kerana saya sudah meladeni ketiga-tiga jenis dakwah ini. Tetapi, saya kurang selesa dengan sesetengah sistem yang hanya 'menuding jari' kepada pihak lawan.

Jawapan bagi persoalan-persoalan di atas adalah, baharukan sistem kalian kerana kita sudah berada pada tahun 2010.



Comments

dengar dalam mesyuarat besar per-tahun aritu macam ade orang cadangkan tambah silibus tasauf dalam manhaj usrah untuk menangani gejala sosial.tapi sampai sekarang belum nampak lagi perlaksanaannya.

in progress,maybe.atau dibakulsampahkan.
Ibnu Ali said…
Persoalan tarbiah ni sangat-sangat menjadi topik perbahasan hangat di setiap gerakan Islam.

Bagi aku ada beberapa idea.

Pertamam PMRAM selaku pesatuan tua dan mejoriti mahasiswa bersama PMRAM perlu menunjuk sikap berjiwa besar. Perlu ada "governmental" dan bukan lagi persatuan yang syok sendiri.

PMRAM seharusnya menjadi wadah memimpin ummat pelajar mesir ni dan bukan memaksa mereka untuk dipimpin.

Uslub pencernaan dan pembinaan fikrah dan menelusuri jalan dakwah perlu ada tajdid.

Pimpinan juga perlu merasai jiwa sebagai pimpinan PUSAT bukan pimpinan kelompok kecil. (tak tahulah kalau mereka terperasan atau tidak?).

Akhir sekali, dengan berlakunya ambush menggila pihak keselamatan Mesir. Pihak pimpinan wajar membuat pertemuan dengan pihak ISMA. Perlu bersemuka untuk menyelesaikan masalah ini. Anggap sahaja ISMA dan gerakan islam lain sebagai khilaf dalam masalah fiqh buat masa ini.

Wallahua'lam
Saudara Ibnu Ali,

Saya menyokong kenyataan saudara itu. Sejauhmana mereka sanggup memikirkan jalan keluar, saya ingin lihat sahaja perkembangannya.

Erm...ada yang saya fikir kurang senang dengan kata-kata ini.
Kita selalu berfikir secara falasi, yakni 1 persatuan lebih baik daripada 2, 3, ataupun banyak persatuan. Kalau banyak persatuan, nanti kita lemah.... Ini falasi.
Anonymous said…
maaf, boleh saya tahu falasi jenis apa? ^_^

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim