BARU-BARU ini saya berbual-bual dengan seorang teman yang bertugas di salah satu syarikat korporat besar di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa teman-teman sekerja selalu bertelagah sesama sendiri. Ada keputusan yang tidak dapat dicapai dengan sempurna dan pelbagai lagi karenah yang berlaku. Duit syarikat pula dikebas kemudian Pengurus Besar syarikat beliau meninggalkan pejabat. Aduhai...pening kepala Chairman syarikat teman saya itu. Beliau pula terpaksa mengambil alih syarikat dan bekerja seperti Pengarah Urusan. Terbaru, syarikat korporat beliau dikatakan mahu memasukkan produk yang haram dalam syarikat. Wah! Semakin parah nampaknya apabila orang agama minoriti dalam pejabat korporat yang besar. Saya bercerita kepada beliau bahawa perkara itu tidak berlaku sama sekali di dalam PTS. PTS adalah sebuah syarikat korporat penerbitan buku di Malaysia yang mementingkan calon-calonnya dapat memahami konsep berJEMAAH. Apabila Pengurus Besar melantik seseorang staf masuk ke dalam pejabatnya, j...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran