SAYA kini berada di tahun pengajian akhir. Di dalam kitab Feqah Perbandingan, perbincangan yang dibahas adalah berkenaan kehakiman. Di dalam kitab Feqah pula ilmu hudud dibincangkan. Paling menarik, di dalam Usul Feqah, syarahan yang dibentangkan kepada mahasiswa Fakulti Syariah Undang-Undang tahun akhir adalah berkenaan Qiyas iaitu salah satu daripada sumber hukum yang disepakati oleh ulama selepas Al-Quran, Al-Hadis, dan Ijmak Ulama.
Saya bersetuju sekiranya Pusat Fatwa di Malaysia dijadikan satu badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pentadbiran. Ini bermakna di Malaysia, ketua di dalam mengeluarkan pandangan berdasarkan hukum syarak adalah MUFTI.
Oleh kerana saya melihat mufti-mufti kita di Malaysia sudah ada 'virus' politik, saya memang mengesyorkan agar badan bebas ditubuhkan bagi menyelamatkan masalah-masalah umat Islam.
Islam perlu diletakkan ditempat tinggi. Oleh yang demikian, tidak layak jika dikatakan MUFTI perlu ada BOS! Sedangkan BOS kepada MUF...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran