Langkau ke kandungan utama

Dana Penerbitan Buku Tiada?

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
(Gambar ihsan blog Puan Ainon)

Saya menulis artikel ini pada akhir 2007. Dan artikel ini terbit di Suara Kampus Edisi Johor di Mesir.

Selepas saya menonton rancangan Di Luar Lingkungan (DLL) yang dibarisi oleh tiga orang ahli panel iaitu Puan Ainon, Puan Nisah dan Encik Khir, ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan bersama.


Kerajaan Perlu Beri Dana Khas Untuk Penerbitan Buku
Oleh Syafiq Zulakifli

Dunia penerbitan buku adalah satu daripada proses penghasilan bahan ilmiah. Dewasa ini, setiap syarikat penerbitan telah berlumba-lumba bagi menghasilkan karya yang terbaik dan mampu untuk dihidangkan kepada masyarakat amnya.

Walaupun masalah budaya membaca rakyat Malaysia masih lagi belum dapat diselesaikan, tetapi pihak penerbitan tidak 'lena' untuk menerbitkan buku di pasaran setiap hari.

Namun, sejauhmanakah langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi memajukan industri penerbitan buku ?

Lihat sahaja, pembangunan pesat ekonomi khusus di selatan, utara dan pantai timur semenanjung menunjukkan kerajaan telah berusaha ke arah meningkatkan taraf ekonomi dan pembangunan negara. Namun, jika negara yang pesat dan membangun ini tidak dianggotai oleh modal insan yang berintelek ini, maka adalah mustahil negara akan setanding dan setaraf dengan negara-negara membangun yang lain.

Hal ini terbukti apabila tiada peruntukan serta dana yang khusus diberikan kepada sektor penerbitan negara. Malah, masalah ini lebih meruncing apabila harga buku-buku di pasaran yang terlalu mahal sehingga mencecah RM 20.00 setiap satu buah buku yang hanya mempunyai sekitar 100 hingga 200 muka surat.

Inilah punca utama yang dikenalpasti sebagai penyebab kegagalan institusi kekeluargaan membelanjakan wang kepada anak-anak untuk membeli sebuah buku di kedai. Malah, masalah ini juga lebih ketara kepada keluarga yang berpendapatan rendah sekaligus menjadikan peluang untuk mendapatkan buku-buku di pasaran tidak tercapai.

Skim pinjaman buku teks yang disediakan secara percuma oleh kerajaan memberikan peluang yang sama-rata kepada anak-anak di sekolah untuk menghadiri kelas dengan lebih sempurna. Dan, sedari itu sudah wajar kerajaan mengambil inisiatif untuk memperuntukan sejumlah dana yang khusus kepada sektor penerbitan negara melalui Kementerian Penerangan Malaysia atau kementerian-kementerian yang mempunyai autoriti mengeluarkan modal untuk percetakan buku di negara Malaysia.

Tanggungjawab Percetakan Nasional Berhad dilihat sebagai salah satu medium terbaik untuk merangsang penerbitan buku dengan lebih sempurna. Buku-buku ilmiah karangan penulis-penulis mapan tanah air wajar dicetak dan diberikan secara percuma di semua sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi.

Mungkin ada pihak yang menjadikan alasan bahawa harga kertas yang terlalu mahal adalah punca masalah harga buku di pasaran yang terlampau tinggi. Justeru, penggemblengan tenaga dan usaha pihak kerajaan bagi memperuntukan modal ini sudah wajar diambil kira.

Beberapa pihak cuba membandingkan pengeluaran kertas di Timur Tengah yang dilihat lebih murah berbanding dengan negara sendiri. Oleh yang demikian, pihak-pihak bertanggungjawab ini perlu berfikir secara rasional sama ada mencetak buku untuk memberikan ‘ilmu’ atau keuntungan semata-mata.

Oleh itu, tindakan yang rasional adalah wajar difikirkan sebelum modal insan yang kita akan lahirkan nanti seimbang dengan kepesatan dan kemajuan teknologi dan pembangunan negara.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)