Syafiq Zulakifli Art & Consultancy (002044510-V) ditubuhkan bagi memenuhi hasrat dan peluang melatih individu di dalam lapangan penulisan kreatif dan skrip - di samping membimbing secara holistik dalam pengacaraan dan meneruskan kesinambungan budaya melalui penganjuran pementasan teater.

SETIAP PENDAFTARAN KEWANGAN BOLEHLAH MELALUI AKAUN (SYAFIQ ZULAKIFLI ART & CONSULTANCY : 0138-0000397-10-1)

Thursday, April 23, 2009

TYT : 'Tuan Yang Tertua'

Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang yang telah mengajar saya sehingga ke Al-Azhar, Mesir

1
AMAT MEMALUKAN. Apabila berbicara soal protokol, saya di antara insan yang paling sensitif. Baru-baru ini di dalam satu persidangan, akronim bagi perkataan 'TYT' Datuk Duta dipersembahkan. Sungguh kecewa apabila jawapan yang diberikan adalah Tuan Yang Tertua.

Ya Allah! Anda belajar dari mana? Daripada protokol Gunung Lambak di Kluang kah?

TYT bermaksud Tuan Yang Terutama bukan Tuan Yang Tertua.

2

BARU-BARU ini di dalam program terbesar yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) seorang 'pengerusi majlis' telah memperkenalkan Pengarah JPMK dengan gelaran Yang Berhormat.

Wah! Tinggi sungguh etiket sosial seorang pengarah Jabatan Penuntut. Sepatutnya Yang Berbahagia sayang...bukan Yang Berhormat.

Tambahan : Mari masuk kelas protokol. Siapa mahu mengajar sila angkat tangan.


1 komentar:

thaaqhib said...

setuju dan sokong
kadang, kerana terlepas apndang pasal protokol.. menyebabkan orang buat2 tak pandang pada lepasan azhar