Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, July 31, 2007

Khatam Buku


Hari Ahad lalu, saya menghabiskan masa di Badan Cemerlang, Johor Bahru. Selepas bermesyuarat bersama-sama rakan seangkatan di Maahad Johor untuk program mahasiswa pelajar Johor di Malaysia, saya mencuri masa yang ada untuk ke kedai buku.

Daripada hasil pemantauan saya, kelihatan masyarakat Melayu khususnya di Johor Bahru kenal erti membaca. Mengapa demikian? Ramai di kalangan ibu bapa sanggup mengheret anak-anak mereka untuk mengisi ruang kekosongan hujung minggu bersama anak-anak di kedai buku.

Amalan ini seharusnya dipandang tinggi oleh kita selaku pemerhati luar. Benar kata Dato' A Samad Said, "Simpanlah RM40 untuk jadi bodoh. Isi beliau amat tersirat sekali kerana hanya kerana kewanganlah kita mampu untuk mendapat sesuatu bahan bacaan untuk dibaca, difahami, dikaji dan disimpan di dalam hati.

Baru-baru ini ketika mengintai kedai buku, saya mendapatkan buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Quran karangan Dr. Danial Zainal Abidin, selain itu dapat juga saya membeli buku motivasi yang ditulis oleh Saudara Zamri Mohamad berkaitan Cara Dapat Duit Mudah Sebagai Penulis Bebas.

Penulisan bermotivasi ini penting agar diri kita sentiasa diberikan sokongan dan bantuan yang tinggi untuk memahami Islam secara menyeluruh.

p/s : Wajarkah melengah-lengahkan masa untuk membaca?

Sunday, July 29, 2007

Rumahku Syurgaku

Dekorator di meja makan rumah saya

Dekorator di ruang tamu

Orang ramai kata, rumahku syurgaku. Apakah itu sebuah kebenaran? Jika betul dan tepat, mengapa anak-anak tidak diasuh semenjak daripada awal di dalam rumah lagi? Mengapa akhir-akhir ini kes guru dipersalahkan kerana tidak mendidik para pelajar dengan sebaiknya. Erm..erm..erm..pelik

Wajah

(Gambar ini tidak dibenarkan untuk dicopy-paste)
SYAFIQ BIN ZULAKIFLI dilahirkan tanggal 8 Ogos 1985. Sejak itu, muncullah bermacam-macam watak dan wajah beliau. Oleh yang demikian, tahun ini genaplah usia beliau 22 tahun...hehehe.. Macam mana pulak wajah 22 tahun ye?


Jika tahun lalu, saya menyambut hari ulang tahun kelahiran di Pontian, Johor, maka pada tahun ini saya akan menyambutnya di Kuala Lumpur (Hotel Mandarin Oriental, KLCC) kerana berprogram bersama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuesday, July 24, 2007

AURA Mawi Masih Ada?

Mawi (baju merah) masih lagi ada aura...

Hari Ahad lepas, saya berkesempatan ke Plaza Angsana. Bukanlah niat untuk bersuka ria (walaupun ada sikit la..) Cuti hujung minggu begini, sesuai sungguh untuk merantau-rantau mencari pasal. Sebetulnya, saya menuruti kedua ibu bapa saya untuk berbelanja di Uda Ocean (UO). Namun, atas sebab yang tak dijangka (walaupun dah tahu) saya buat kali pertamanya dapat bertemu dengan Asmawi bin Ani (Mawi) - ye eleh, aku dah sepuluh kali jumpa tak bising...

Memang benar. Ianya kali pertama selepas Mawi bergelar artis. Sangkaan saya sungguh meleset. Peminat Mawi yang membanjiri Plaza Angsana semacam semua di dalam satu balang. Penuh padat dan sempit. Di kesempatan itu juga, Nurul (bini Ajai yang lama) dan Adam (yang ada kontroversi sekarang kes dia ni..) ada juga datang. Dapatlah dengar-dengar lagu-lagu nyanyian sumbang daripada mereka.

Apa yang menyeronokkan, saya di sebalik adegan tolak menolak di kalangan peminat di Plaza Angsana, saya tidak menjangka dapat berjalan sebelah Mawi dengan selamba. Tapi, tak ada masa la saya nak salam dia. Buang masa. Tapi, sememangnya saya sedang berhajat untuk bertemu dengan artis-artis di Malaysia (baca : tak ada kerje ke?). Untuk apa? Ada tugas yang saya perlu uruskan bersama semua artis nasyid di Malaysia termasuk Ina Naim dan Mawi.

Bukan saya hendak tumpang sekaki. Tapi, ada keperluan yang mendesak. Insya-Allah, ada rezeki saya akan uruskan semua itu.

Minggu ini adalah minggu terakhir kehidupan saya. Minggu depan saya akan bertukar imej. Insya-Allah, saya akan maklumkan selepas ini. Saya akan jadi orang lain. Mungkin ada sebahagian yang akan mengenali dan ada juga yang tidak kenali. Apapun yang berlaku, tahniah buat diri saya dan kalian.

Hari Sabtu ini Riko kahwin. Saya tidak pasti dapat hadir atau tidak ke majlis tersebut. Pertama, kerana hari tersebut saya bersekolah ganti untuk Hari Raya Aidilfitri. Sekolah sudah siap-siap ganti kerana mengikut arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.

11 dan 12 Ogos ini, Masjid Jamek Bandar Baru UDA akan mengadakan Sambutan 10 Tahun Masjid Jamek BBU, oleh itu saya akan memantau perjalanan program bersama Exco Rakan Muda Masjid BBU. Untuk itu juga, program bersama mahasiswa Al-Azhar akan dapat digabungjalinkan bersama.

Pihak masjid minta saya buat modul. Untuk bina kelas di sana. Apa modul yang sesuai sekitar 10 minggu? Erm..Erm.. Saya sedang berfikir.


Sunday, July 22, 2007

Dungu Benar Itu

Bandar Iskandariah yang sarat dengan kemanusiaan

Dengan nama-Mu Ya Allah... aku diajar erti sabar. Akhbar Utusan Malaysia semalam mempamerkan Bandar Nusajaya, Johor hampir siap dibina. Hanya tinggal beberapa peratus lagi untuk dibereskan. Sebetulnya, akhir tahun ini merupakan tarikh yang mungkin hampir tepat untuk dikhabarkan penggunaannya.

Namun, dikesibukkan itu terlupa kita pada sektor pekerjaan yang sedang mendungu. Mengapa ya. Semua yang mereka inginkan ada di bandar kosmopolitan Kuala Lumpur. Tetapi mengapa menyepi di bandar elit ini. Analoginya mudah. Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lembaga Tabung Haji (LTH) atau apa sahaja sektor perlu dihubung jalinkan dengan peringkat pusat di bandar Kuala Lumpur.

Mengapa tidak saja disalur terus pada negeri yang sudah banyak menimang kejayaan ini? Aduh! Dungu betul bangsaku.

Benarkah nanti bandar Nusajaya akan secanggih bandar Putrajaya yang dikecoh-kecohkan oleh dunia? Sama-sama kita mentafsir serta menguji sejauh mana keberkesanannya.

Ya! Semalam juga saya menyelak akhbar yang sama. Suruhanjaya Pilihanraya nampaknya sudah bersedia dengan tarikh jangkaan Pilihanraya Umum (PRU). Wah! Menarik sungguh untuk menyaksikan pertarungan sengit negara.

Namun, bandar kosmopolitan Johor ini saya yakin barisan pembangkang masih belum utuh berdiri untuk meyakinkan pengundi. Walaupun tiap-tiap minggu banyak tempat diisi dengan ceramah politik, namun ianya belum cukup untuk memancing manusia yang nyawanya kian lama kian merundum.

Namun, apapun terjadi Malaysia akan menyambut kemerdekaan negara yang ke-50 pada 31 Ogos ini. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-50 bukan kemerdekaan. erm.. erm..

p/s : akan merantau ke bandar Kuala Lumpur setelah mendapat surat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka pada 6 hingga 8 Ogos ini.


Pada kesempatan ini juga, saya nak hadiahkan sesuatu untuk Presiden PMRAM (Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain) yang menyambut Ulang Tahun Kelahirannya kali yang ke-27 pada hari ini. (22 Julai 2007)

Warga emas warga sejati,
Banyak jasa yang engkau berikan;
Kami ucapkan selamat hari jadi,
Moga ukhuwah kita berkekalan.

Hari ini hari Ahad,
Hari esok hari Isnin;
Hari ini di liang lahad,
Hari esok di padang yang hening.

(Bukan ku pinta lahir ke dunia... tidak ku duga cacat begini... Bukan ku pinta kasih dan manja... Bukan ku rayu bantu simpati...)

Tuesday, July 17, 2007

Sekilas Air Di Tempayan

Kesempatan dengan Johor Corporation tidak berkekalan. Gambar ini sempat dirakam menggunakan handphone baru saya. Ini pejabat Jabatan Undang-Undang. Bye..bye.. Kak Azizah

Pelajar SMK Bandar Baru UDA sedang menghadapi Ujian Kertas Pendidikan Islam. Kertas periksa saya. Jika tak lulus... adalah nikmat yang akan dinikmati.

Anak murid juga. Saya yakin, kalian mampu menjawab walaupun soalan payah..hehehe


Sejujurnya, ketika saya turun daripada flight SQ 493, ayah saya maklumkan bahawa saya akan memulakan sekolah pada hari Isnin 2 Julai 2007. Namun, atas sebab-sebab tertentu dan ketika itu, sekolah-sekolah menengah daerah Johor Bahru masih belum ada kekosongan.

Oleh hal yang demikian, saya telah membuat “muka tembok” untuk ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Johor Corporation, Lembaga Tabung Haji, Amanah Raya Berhad, dan Perbadanan Islam Johor. (ada juga syarikat swasta yang lain)

Namun, pada hari Selasa lepas (10 Julai 2007) saya telah menerima pelawaan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor untuk bertugas ditempat tersebut. Kemudian, pada hari Rabu pula saya berkesempatan diberikan peluang oleh Johor Corporation untuk bertugas di sana.

Selepas daripada peristiwa tersebut, saya di dalam kebingungan apabila dua tawaran terpaksa saya pilih. Keputusan yang saya buat, saya meninggalkan Jabatan Kehakima Syariah Negeri Johor dan memilih untuk mengisi kekosongan di Jabatan Undang-Undang, Johor Corporation.

Seperti temujanji, saya terus memulakan tugas di Johor Corporation pada hari Isnin (16 Julai) bermula jam 9.00 pagi. Berkenalan dengan Kak Azizah dan Puan Wansu cukup memberikan kenangan yang amat bermakna. Ketika itu, saya mendapat tugasan untuk menyiapkan suatu perjanjian yang akan ditandatangani oleh pihak Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad dan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang di dalam bidang pengurusan masjid.

Sedang saya menaip tugasan tersebut setelah beberapa jam memerah idea, saya menerima satu panggilan. Saya diminta untuk mengisi kekosongan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA. Sedia maklum, bidang perguruan memang sebati dengan saya. Pengalaman mengajar sebelum ini membenarkan perasaan kasih dan sayang menjelma. Saya sememangnya lebih minat di dalam bidang perguruan daripada bidang-bidang yang lain. Bukan ianya mengikut jejak langkah orang tua saya, namun saya yakin bidang ini yang saya minati.

Setelah itu, saya diberikan masa kurang 30 minit untuk berfikir untuk menerima pelawaan tersebut. Oleh itu, setelah berfikir, saya membuat keputusan meninggalkan Johor Corporation dan bertukar ke sekolah pula.

Akhirnya, pada jam 2.00 petang hari pertama saya bertugas di Johor Corporation, saya telah meninggalkan pejabat tersebut.

Dan… kini saya mengajar Pendidikan Islam untuk Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA. Yang meriahnya, pelajar yang saya ajar, 50% pelajar adalah anak didik saya sebelum ini ketika saya mengajar di Sekolah Agama Bandar Baru UDA tiga tahun yang lepas. Jika pada ketika itu, mereka Tahun 5 di sekolah rendah, kini mereka sudah pula besar dan duduk di Tingkatan 2.

Sekejap saja masa sudah berubah. Paling menyeronokkan, ada dialog seperti ini daripada seorang murid, “Cikgu ni naik pangkat ke daripada sekolah agama ke sekolah menengah?” Saya katakan, “Tidak sekali.”

Ini hanya sebuah takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan untuk saya mendidik pelajar-pelajar yang saya tinggalkan di dalam perkara yang sama ketika mereka di sekolah agama dahulu. Jika suatu masa dahulu, mereka saya asuh di dalam bidang agama seratus peratus, kini hanya ianya tertumpu pada enam waktu setiap kelas untuk mengenal Allah, Rasul, Malaikat, Hari Akhirat, Kiamat, dan sebagainya.

Menyeronokkan juga, pada hari pertama saya masuk ke sekolah tersebut (17 Julai) adalah hari peperiksaan Ujian Formatif 2 yang baru bermula. Apa yang berlaku…buat kita yang merancang.

Monday, July 16, 2007

SAYA BUKAN MEMILIH –Syafiq


Oleh : Joyah

Kecoh satu cerita yang Joyah dengar, ada seorang pelajar yang pulang ke Malaysia dan bertugas di Malaysia tidak kekal lama di satu agensi. Cerita itu gara-gara beliau dapat tawaran di tempat lain. Maka suka atau tidak, pihak pentadbiran kenalah terima. Jangan nak marah. Ini semua ketentuan. Benarlah firman Allah yang bermaksud, “Kita merancang dan Allah jua merancang, namun perancangan Allah lebih baik.”

“ Saya bukanlah terlalu memilih di dalam bidang kerjaya. Namun, permintaan daripada satu pihak yang lain, memaksa saya mengisi tugas yang lain pula,” jelas Syafiq.

Beliau dikatakan bertugas di Jabatan Undang-Undang, Johor Corporation bermula 16 Julai 2007. Namun, di atas cabaran yang diberikan selepas itu, ada pihak pula yang menempatkan beliau di tempat yang lain.

“Insya-Allah. Apa-apa sektor saya pun, ini sebagai latihan. Saya tidak pernah memilih tugas dan kerjaya. Namun, saya reda dengan ketentuan Allah. Mungkin, sikap saya suka berhadapan dengan kanak – kanak, menyebabkan saya memilih untuk bertugas di sekolah,” jelas beliau lagi.

Joyah difahamkan bahawa si dia ni terpaksa buat keputusan di dalam jangka masa 30 minit kerana beliau terpaksa melaporkan diri pada keesokkan harinya (17 Julai). Apa-apa yang terjadi pada Syafiq, Joyah doakan semoga Syafiq bahagia.

Joyah – “Lepas ni mana pulak?”

Sunday, July 15, 2007

Apa Ada Di Bumi?

Anak Syarikat juga?

bakal ketemu...esok!

cara-cara warga lelaki makan.

si cilik wanita pula mencari teknik hendak bersuap


Nikmatnya jikalau hari-hari sebegini. Namun, jika dihitung bukankah makan di restoran biasa lebih enak? Tidak salah rasanya lima tahun sekali. hahaha



Start
Bukan mudah berhibur di bandaraya Johor Bahru ini. Lebih-lebih lagi ketika hujung minggu seperti hari ini. Masa waktu kecil, mungkin sebeginilah nikmat yang dapat diharungi. Namun, hari demi hari perubahan masa mengajar kita hidup sendiri.



Tahniah kepada diri sendiri yang dapat bersama-sama keluarga sepanjang hari ke bandaraya Johor Bahru menikmati angin bayu pantai Selat Tebrau disamping keindahan kota yang sarat dengan binaan dan taman.



Mengimbau saat-saat indah ketika kita masih keanak-anakkan. Kita diajar jalan berpimpin tangan, kita disuruh membawa barang di tangan, kita dilatih berdisiplin kerana terpaksa berada di belakang mak ayah sendiri ketika berjalan.



Lucu bukan? Itulah zaman yang telah mendewasakan kita sebenarnya. Namun, apakah kedewasaan itu telah merubah kita agar menjadi insan yang lebih berbahagia? Sama-sama kita fikir.

Friday, July 13, 2007

Bercerita Sebentar

Saat yang bahagia Datang sekejap saja

Manusia biasa mesti banyak tugas. Manusia luar biasa pun tidak kurang hebatnya. Tetapi, kekadang orang yang tidak berupaya lebih matang berbanding mereka yang biasa. Namun, di sebalik kejayaan mereka-mereka ini, tentu ada nilai kematangan yang diukur oleh setiap orang. Oleh itu... ukurlah...

Berjihad Dalam Perniagaan


Sejarah Johor Corporation (JCORP) bermula setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. JCORP beroperasi pada 1970, seiring dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB). Aspirasi JCORP adalah menjayakan perniagaan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara ini selaras dengan matlama DEB.


Aspirasi JCORP ini cuma boleh dijayakan dengan penampilan barisan usahawan yang gigih. Inilah sebenarnya yang diharapkan daripada sesebuat organisasi korporat, khasnya yang dimiliki kerajaan-menjadi aset dan bukan menjadi beban. Pembentukan organisasi yang bersifat usahawan dilengkapi dengan barisan anggota yang mempunyai daya keusahawanan yang tinggi berupaya menjayakan aspirasi JCORP.


Dengan adanya daya keusahawanan tinggi, organisasi perniagaan dan korporat berupaya mencipta kekayaan secara berterusan. Menerusi kejayaan besar dalam perniagaan, bangsa Melayu dan bumiputera mampu merapatkan jurang ekonomi, tanpa perlu bergantung pada orang lain.


Petikan daripada majalah Dewan Masyarakat JULAI 2007

Monday, July 09, 2007


Jika ada sesuatu kematian, pastinya majlis kenduri arwah akan diadakan pada hari ke-7. Ada pula yang akan membuatnya pada hari yang ke-40. Berlainan pula dengan saya. Jika pada 1 Jun yang lepas saya kehilangan handset Nokia N70, maka hari ini cukup 40 hari, terpaksalah saya buat kenduri juga.


Tidaklah besar mana. Cuma sekadar makan kecil-kecil sahaja. Hati saya masih rindu pada yang lama. N70. Tapi semua itu telah berakhir. Moga dikau bahagia di bawah tangan jahanam.


Pagi tadi saya ke Mahkamah Syariah Johor Bahru. Ada tugas di sana. Kali pertama menjejakkan kaki ke bangunan Mahkamah Syariah Johor Bahru itu, hati saya teruja. Bangunan yang tersergam indah di sebelah Kompleks Islam Johor itu merupakan bangunan yang akan memperkenalkan negeri Johor tentang pentadbiran mahkamah syariah pula. Jika dahulu, mahkamah syariah menumpang bersama-sama Kompleks Islam Johor, tetapi kini mereka telah boleh berdiri sendiri.


Walaupun begitu, moga-moga sistem kehakiman di Malaysia pun juga akan telus dan tidak lagi lolos. Bangunan baru itu, masih belum lagi meriah. Walaupun begitu, saya yakin beberapa tahun lagi, ianya akan sarat dengan penghuni sama ada di dalam kandang tertuduh atau di bilik-bilik prosuder perbicaraan.


Sementelah itu juga, saya meronda bandar Johor Bahru dengan orang dari bandar juga. Tapi, dari bandar Mersing. Kesempatan beliau turun ke Johor Bahru pada minggu ini, saya turutkan. Seronok juga merantau berteman. Tetapi jika "teman tapi mesra" lebih baik saya rasa.


Kepuasan meronda-ronda jelas terbayang apabila kepenatan seharian saya akhirkan dengan tidur selepas makan malam. Hehehehe...

(Ishaq Hanis dengan kameranya...)

Sunday, July 08, 2007


Seminggu sudah melabuhkan diri di negara sendiri. Banyak peristiwa yang boleh diukir. Tetapi, ianya semua ada yang mengundang suka dan duka. Dari Hari Pertama hingga ke hari ini, banyak sungguh ragam yang boleh saya ukirkan. Tetapi, cukuplah ia saya simpan sebagai sebuah kenangan.


Ketika menaiki SQ 493, penerbangan Singapore Airlines yang mengambil masa hampir 10 jam, saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan pulang pada hari tersebut. Ianya sungguh tidak dirancang. Namun, kehendak Allah jua saya reda di atas ketentuan Ilahi.


Insya-Allah, bermula minggu yang kedua ini, saya ada tugas lain pula. Bukan di pasar malam melihat aksi orang melelong pakaian. Bukan juga di pusat membeli - belah melihat ada yang terkinja-kinja melayan artis di atas pentas plaza. Tetapi, tugas yang memerlukan otak kanan dan kiri saya berfikir secara kreatif dan kritis. Bukan mudah untuk menggerakkan fungsi kedua-dua belah otak dengan baik. Namun, saya akan cuba buat dengan sebaiknya.


Sibuk pada minggu pertama. Saya rasa mungkin ada bebanan menggalas pada minggu kedua ini. Dua buah antologi cerpen sempat saya khatamkan. "Pusaka Cendana" dan "Warna Perang". Dan kini, saya terpaksa menyiapkan sebuah cerpen dan dua buah puisi untuk dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Ianya, berkesinambungan untuk dibengkelkan pada awal Ogos nanti di sebuah hotel yang tidak dimaklumkan kepada saya lagi.


Sungguh enak dan lazatnya menjadi penuntut di dalam bidang Syariah. Ada bermacam-macam tugas yang boleh digalas. Daripada A hingga ke Z, semuanya boleh dikuasai. Namun, sehebat mana kita, jika ilmu dangkal di dada, segalanya tidak berguna. Minggu ini juga mengajar saya untuk meneliti dunia Malaysia. Alhamdulillah, ada juga telah berubah. Tidak ketinggalan, ada pula yang masih ditakuk lama.


Perangai, kedudukan, rencam dan pelbagai gaya trend terkini dapat dilihat dengan pandangan mata kasar. Sedih. Sungguh ianya terharu buat diri saya. Apalah bongok sangat mereka ini! Tidak tahu mengenal dunia. Lantas tidak mengerti akan wujudnya akhirat. Ini sebuah omongan kosong buat kalian. Jika ada kesempatan, kita boleh bersembang lagi.
(Balai Ketibaan-Singapore Changi Airport)

Wednesday, July 04, 2007

Melirik Sebentar

Hari ini tidak ke mana. Saya hanya mendapatkan Antologi Cerpen Remaja Pusaka Cendana, pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Cerpen ini sememangnya sarat dengan bahasa yang puitis di samping pengolahan idea pengarang yang sungguh menarik.
Saya membawa arah ke ruang sudut yang lain pula. Sekitar kawasan majalah. Tangan saya mula mencapai Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, dan Fokus SPM. Semuanya keluaran Julai. Kelmarin, sempat saya mendapatkan Majalah I dan Majalah Dewan Siswa di kedai buku yang lain.

Orang mungkin kata saya terlalu membazir. Membelanjakan wang untuk menimba sedikit ilmu tidak salah rasanya. Saya tidak pula rasa mentah dengan culaan orang itu. Itu sebuah latihan bagi saya. Membaca adalah asasnya. Namun, melambakkan bacaan bukan beerti membazir. Sekurang-kurangnya kita faham erti mengetahui.

Tahu tidak cukup tanpa membaca. Membaca pula tidak sempurna tanpa bahan. Justeru, memiliki bahan-bahan bermanfaat merupakan sesuatu yang tidak dilarang dalam agama. Keyakinan diri selalunya akan menjadikan seseorang telus di dalam berfikir. Tidak ikut telunjuk orang.
Mereka yang kata angguk akan ikut angguk. Manakala mereka yang cuba geleng akan terus geleng. Mereka bukan sahaja taklid kepada individu tetapi tewas di dalam berfikir. Bukankah membaca asas kejayaan.

Tuesday, July 03, 2007

Ceramah Sendiri


Belum sempat seminggu berada di negara sendiri pelbagai bidaah telah berlaku. Bukan itu sahaja, malah fahaman Wahabi seolah-olah sudah sebati dengan jiwa dan masyarakat di negara ini. Tidaklah janggal kalau saya katakan bahawa, para agamawan kita dangkal dalam hujahnya. Bukan itu sahaja, malah tiada suatu kaedah pun mengizinkan kita untuk menyatukan suatu suara agar tidak lagi timbul isu-isu kepelikan dalam masyarakat.


Mudah sahaja analoginya. Di dalam satu persoalan yang diutarakan oleh orang awam, para agamawan pertama akan memberikan jawapan sedemikian. Manakala, apabila soalan yang sama diajukan kepada agamawan kedua, maka lain pula jawapannya. Misalnya seperti berikut, "Ustaz, apa hukum kalau kita solat tetapi imam kita tu buta?" Ustaz pertama akan jawab, "Batal solat kita." Manakala, apabila soalan yang sama diajukan kepada ustaz yang kedua, maka beliau berkata, "Kita tak perlu batalkan solat. Tetapi boleh ikut sahaja."


Ini adalah sesuatu contoh mudah. Saya tidak mahu membelitkan lagi fahaman yang mudah ini. Namun, disebalik permasalahan ini timbul lagi pelbagai masalah yang bukan sahaja bersifat zahiri tetapi ianya terhasil daripada masalah furuk. Bukan saya ingin menolak fahaman karut ini, tetapi secara peribadi, wajarlah saya memberi pendapat bahawa sudah sewajibnya kita membuat suatu pusat pengumpulan dasar hukum yang disepakati agar tidak lagi timbul permasalahan yang remeh-temeh ini.


Saya khuatir, akan timbul suatu ketika nanti bahawa orang awam atau mudah disebut masyarakat kita yang beragama Islam di Malaysia akan terkedu melihat perawakan golongan agamawan yang sudah kepeningan dalam berhujah.


Siapa lagi yang perlu bangkit kalau tidak kita selaku para agamawan sendiri dan ianya wajar dijadikan memorandum kepada pihak kerajaan khususnya di dalam membantu masyarakat kita agar tidak lagi terpesong daripada akidahnya.

Monday, July 02, 2007

Wajah-Wajah Pilihan

Sapa yang gambo die tak der...bgtahu awal-awal...ok

Terkenang Yang Jauh


Dalam Air Terbayang Wajah

Dalam air ku terbayang wajah
Adikku yang ku puja
Tenteram semula hati gundah
Dapat mambang indah

Di ingatan ku terlukis wajah
Abang ku yang gagah
Baik budi serta ramah tamah
Handsome macam gajah

Rasa di hati masam-masam manis
Rindu asmara
Kanda ku jangan nangis
Hilang rupa lawa
Timbul rupa naga
Kalau hidup tak begurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Tahan nafas sahaja

Kalau hidup tak bergurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Sembunyi bawah tangga