Langkau ke kandungan utama

AURA Mawi Masih Ada?

Mawi (baju merah) masih lagi ada aura...

Hari Ahad lepas, saya berkesempatan ke Plaza Angsana. Bukanlah niat untuk bersuka ria (walaupun ada sikit la..) Cuti hujung minggu begini, sesuai sungguh untuk merantau-rantau mencari pasal. Sebetulnya, saya menuruti kedua ibu bapa saya untuk berbelanja di Uda Ocean (UO). Namun, atas sebab yang tak dijangka (walaupun dah tahu) saya buat kali pertamanya dapat bertemu dengan Asmawi bin Ani (Mawi) - ye eleh, aku dah sepuluh kali jumpa tak bising...

Memang benar. Ianya kali pertama selepas Mawi bergelar artis. Sangkaan saya sungguh meleset. Peminat Mawi yang membanjiri Plaza Angsana semacam semua di dalam satu balang. Penuh padat dan sempit. Di kesempatan itu juga, Nurul (bini Ajai yang lama) dan Adam (yang ada kontroversi sekarang kes dia ni..) ada juga datang. Dapatlah dengar-dengar lagu-lagu nyanyian sumbang daripada mereka.

Apa yang menyeronokkan, saya di sebalik adegan tolak menolak di kalangan peminat di Plaza Angsana, saya tidak menjangka dapat berjalan sebelah Mawi dengan selamba. Tapi, tak ada masa la saya nak salam dia. Buang masa. Tapi, sememangnya saya sedang berhajat untuk bertemu dengan artis-artis di Malaysia (baca : tak ada kerje ke?). Untuk apa? Ada tugas yang saya perlu uruskan bersama semua artis nasyid di Malaysia termasuk Ina Naim dan Mawi.

Bukan saya hendak tumpang sekaki. Tapi, ada keperluan yang mendesak. Insya-Allah, ada rezeki saya akan uruskan semua itu.

Minggu ini adalah minggu terakhir kehidupan saya. Minggu depan saya akan bertukar imej. Insya-Allah, saya akan maklumkan selepas ini. Saya akan jadi orang lain. Mungkin ada sebahagian yang akan mengenali dan ada juga yang tidak kenali. Apapun yang berlaku, tahniah buat diri saya dan kalian.

Hari Sabtu ini Riko kahwin. Saya tidak pasti dapat hadir atau tidak ke majlis tersebut. Pertama, kerana hari tersebut saya bersekolah ganti untuk Hari Raya Aidilfitri. Sekolah sudah siap-siap ganti kerana mengikut arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.

11 dan 12 Ogos ini, Masjid Jamek Bandar Baru UDA akan mengadakan Sambutan 10 Tahun Masjid Jamek BBU, oleh itu saya akan memantau perjalanan program bersama Exco Rakan Muda Masjid BBU. Untuk itu juga, program bersama mahasiswa Al-Azhar akan dapat digabungjalinkan bersama.

Pihak masjid minta saya buat modul. Untuk bina kelas di sana. Apa modul yang sesuai sekitar 10 minggu? Erm..Erm.. Saya sedang berfikir.


Ulasan

sis berkata…
kalau nk modul kena tahu objektif dulu..MBO.sebab hadaf tercapai jika modul selaras dan tepat..kalau nk cdngn..ana cuba..tapi kena tahu objektif modul dulu laa....ana mmg minat bab modul2 ni..

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)