Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, July 31, 2007

Khatam Buku


Hari Ahad lalu, saya menghabiskan masa di Badan Cemerlang, Johor Bahru. Selepas bermesyuarat bersama-sama rakan seangkatan di Maahad Johor untuk program mahasiswa pelajar Johor di Malaysia, saya mencuri masa yang ada untuk ke kedai buku.

Daripada hasil pemantauan saya, kelihatan masyarakat Melayu khususnya di Johor Bahru kenal erti membaca. Mengapa demikian? Ramai di kalangan ibu bapa sanggup mengheret anak-anak mereka untuk mengisi ruang kekosongan hujung minggu bersama anak-anak di kedai buku.

Amalan ini seharusnya dipandang tinggi oleh kita selaku pemerhati luar. Benar kata Dato' A Samad Said, "Simpanlah RM40 untuk jadi bodoh. Isi beliau amat tersirat sekali kerana hanya kerana kewanganlah kita mampu untuk mendapat sesuatu bahan bacaan untuk dibaca, difahami, dikaji dan disimpan di dalam hati.

Baru-baru ini ketika mengintai kedai buku, saya mendapatkan buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Quran karangan Dr. Danial Zainal Abidin, selain itu dapat juga saya membeli buku motivasi yang ditulis oleh Saudara Zamri Mohamad berkaitan Cara Dapat Duit Mudah Sebagai Penulis Bebas.

Penulisan bermotivasi ini penting agar diri kita sentiasa diberikan sokongan dan bantuan yang tinggi untuk memahami Islam secara menyeluruh.

p/s : Wajarkah melengah-lengahkan masa untuk membaca?

1 comment:

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Terima kasih atas sokongan Tuan bagi buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Sebarang kritikan dan cadangan dialu-alukan

ZAMRI MOHAMAD