Langkau ke kandungan utama

Ceramah Sendiri


Belum sempat seminggu berada di negara sendiri pelbagai bidaah telah berlaku. Bukan itu sahaja, malah fahaman Wahabi seolah-olah sudah sebati dengan jiwa dan masyarakat di negara ini. Tidaklah janggal kalau saya katakan bahawa, para agamawan kita dangkal dalam hujahnya. Bukan itu sahaja, malah tiada suatu kaedah pun mengizinkan kita untuk menyatukan suatu suara agar tidak lagi timbul isu-isu kepelikan dalam masyarakat.


Mudah sahaja analoginya. Di dalam satu persoalan yang diutarakan oleh orang awam, para agamawan pertama akan memberikan jawapan sedemikian. Manakala, apabila soalan yang sama diajukan kepada agamawan kedua, maka lain pula jawapannya. Misalnya seperti berikut, "Ustaz, apa hukum kalau kita solat tetapi imam kita tu buta?" Ustaz pertama akan jawab, "Batal solat kita." Manakala, apabila soalan yang sama diajukan kepada ustaz yang kedua, maka beliau berkata, "Kita tak perlu batalkan solat. Tetapi boleh ikut sahaja."


Ini adalah sesuatu contoh mudah. Saya tidak mahu membelitkan lagi fahaman yang mudah ini. Namun, disebalik permasalahan ini timbul lagi pelbagai masalah yang bukan sahaja bersifat zahiri tetapi ianya terhasil daripada masalah furuk. Bukan saya ingin menolak fahaman karut ini, tetapi secara peribadi, wajarlah saya memberi pendapat bahawa sudah sewajibnya kita membuat suatu pusat pengumpulan dasar hukum yang disepakati agar tidak lagi timbul permasalahan yang remeh-temeh ini.


Saya khuatir, akan timbul suatu ketika nanti bahawa orang awam atau mudah disebut masyarakat kita yang beragama Islam di Malaysia akan terkedu melihat perawakan golongan agamawan yang sudah kepeningan dalam berhujah.


Siapa lagi yang perlu bangkit kalau tidak kita selaku para agamawan sendiri dan ianya wajar dijadikan memorandum kepada pihak kerajaan khususnya di dalam membantu masyarakat kita agar tidak lagi terpesong daripada akidahnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)