BILA HATI MATI Ini bukanlah sebuah tanggungjawab atau taklifan Dan ini bukanlah sebuah cerita yang panjang tetapi ianya adalah sebuah hati dan perasaan yang sungguh jauh meranap diri ya! luka ditangan nampak berdarah luka dileher kerana kelaran luka dimata... pasti mengundang buta namun paling pastinya satu... luka dihati tiada siapa yang tahu benar! ini bukan suatu lakonan semula ini bukan suatu mainan kata-kata tetapi realiti yang pasti mengundang sepi tatkala hati ini mati dan tidak punya lagi aku pujuk diri lagi... jangan meninggalkan pergi pemergian yang sukar dicari ganti tetapi inilah hakikat diri yang tidak lagi mengerti akan kepayahan yang jauh dalam sanubari ini tiga kanda baik berjasa moga sirr simpan segala ini sebuah kepastian yang pasti dan aku yakin kau lebih mengerti apa yang terjadi tenanglah wahai hati... walau jauh menyendiri aku bukanlah melalaikan tanggungjawab ini tetapi hati ini sudah mati
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran