Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, June 04, 2007

Antara Airmata dan Kesedihan (Catatan Awal)

Sedih...Antara Gambar-Gambar Yang Di Rakam Menerusi Henset Saya

Peristiwa kehilangan telefon bimbit (handphone) amat memberi kesan yang mendalam kepada saya. Saya mengingat kembali detik-detik kegembiraan hendak mendapatkan telefon itu. Sejujurnya bukanlah saya beria-ia benar hendakkan telefon itu. Malah didesak oleh kakak untuk membelinya. Pada mulanya, Mamalah yang mula-mula bertanyakan kepada saya,

"Hendak tukar henset?"

Maka, kesan daripada detik itulah saya ke Singapura bersama keluarga untuk dapatkannya. Sedia maklum, bahawa telefon itu dibeli beberapa hari sebelum saya meninggalkan Malaysia pada akhir September yang lepas. Pada detik itu, saya terpaksa pulang ke Mesir dan tidak dapat beraya bersama keluarga pada tahun lalu.

Sedih. Ianya amat tragis. Dah lah henset hilang, kemudian tak dapat beraya di Malaysia. Sudah tiga tahun Aidilfitri di Mesir. Sungguh menyedihkan. Tatkala itu, saya segera memasang lagu raya.
Airmata Syawal

( 1 )
Sayu... hati ini makin sayu
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

( 2 )
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

( 3 )
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

( 4 )
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Semua peristiwa itu amat sedih bagi saya. Adakah tahun ini tahun kedukaan? Atau ada hikmah disebalik ketentuan-Nya. Segalanya terukir di dalam memori saya. Saya tidak akan lupakan akan segalanya. Dan paling penting daripada itu, saya akan pastikan pada tahun ini saya akan pulang beraya di Malaysia bersama keluarga. Adakah ia ada kebenarannya? Atau sekadar satu retorik sahaja? Tunggulah nanti...

1 comment:

anak nah said...

Barang yang lepas hai jangan dikenang~
Kalau dikenang merachunlah diri~