Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, June 03, 2007

Pergi Tak Kembali


Orang kata setiap manusia mempunyai rezeki masing-masing. Itu adalah lumrah sebagai seorang Muslim. Kita wajib percaya bahawa setiap ketentuan Allah itu suatu hikmah yang amat bermakna. Saya mengurung rasa sedih yang amat sangat apabila telefon bimbit saya hilang. Bukn itu sahaja, nilai pesanan-pesanan ringkas (SMS) di dalam telefon itu membuatkan hati saya luruh tak terkata.


Itulah suratan di atas ketentuan Ilahi. Saya tidak menyangka orang yang disangka baik, warak, wajah manis ke-Islaman berpura-pura seperti anjing liar yang berkeliaran di padang pasir. Tidak tahu erti hidup lantas menyentak jiwa dan hati saya ini.


Saya tidak mahu mengisahkan kembali detik hitam itu. Biarlah ia menjadi kenangan yang paling pahit di dalam hidup. Jika ada kelapangan, akan saya titipkan nostalgia itu di dalam sebuah cerpen.

Ibarat mimpi yang menjadi ingauan di dalam hidup. Itulah perasaan yang jelas terbayang di dalam hati saya ini. Hanya Allah yang tahu betapa dukanya saya. Saya menganggap telefon bimbit peribadi adalah sebahagian nyawa. Jadi, apabila ia sudah hilang, maka hilanglah sebahagian daripada nyawa saya ini.

Benar. Ia amat benar. Saya masih tidak dapat menahan kesedihan. Walaupun saya tahu, akan datangnya hikmah yang lebih besar nanti, saya cuba mencari kedamaian hati. Saya pujuk hati untuk terima hakikat. Saya pujuk diri untuk melupakannya. Tetapi wajah "si pencuri" masih segar di dalam kotak fikiran saya.


Walaupun apa yang telah terjadi, saya amat bersyukur kerana saya masih lagi seperti dahulu. Boleh makan, minum, uruskan diri dan sebagainya. Saya tidak pasti, bagaimanakah keadaan saya apabila saya berada di tempat kejadian dan saya lihat peristiwa itu berlaku di hadapan saya.

Lapan bulan jiwanya bersama saya. Cukup ringkas hidupnya bersama saya. Walaupun ianya merupakan kali kedua kehilangan (sebab kali pertama hilang kat Masjid Saidatina Fatimah tetapi jumpa kembali), namun kehilangan ini amat-amat saya rasai.

Biar jauh dikau denganku, tetapi moga kita dapat bertemu di syurga nanti :(

Saya bersumpah pada diri saya ini. Entah! Saya trauma apabila melihat Nokia N70. Jangan tunjuk saya buat masa ini.

No comments: