Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, June 10, 2007

Omongan 1

Persiapan Sebelum Bermula Majlis


Bukan mudah untuk menjadi pengerusi majlis apatah lagi di dalam keadaan bertukar tentatif di akhir-akhir waktu. Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu di dalam mengendalikan majlis yang sungguh besar buat diri saya.

Seawalnya, saya adalah seorang yang pendiam dan jarang mampu berkata-kata. Perangai pendiam dan tidak banyak bercakap (kecuali dengan orang-orang yang rapat) membuatkan ramai juga yang kurang mesra dengan saya. Justeru, selepas berusia 12 tahun, saya melihat watak beberapa orang rakan sebaya yang menyertai pertandingan syarahan, pidato dan sebagainya. Bermula daripada situ, saya membentuk indentiti untuk terus muncul sebagai khalayak tanpa diam di dalam masyarakat. Ketika itu, saya menilai diri hanya bersama rakan-rakan seperjuangan sahaja. Namun, pengalaman berlatih bertutur secara formal dan in-formal membuatkan diri saya terus diasak oleh amarah minat yang mendalam di dalam seni ini.

Celoteh, bercakap, mengomel. Itulah fenomena karektur yang sesuai untuk diri saya. Pengalaman hari demi hari menjadinya saya untuk matang berfikir dan bergaul dengan awam. Sejujurnya, saya bukan terdiri daripada keluarga yang peramah sangat. Saya hanya mempunyai seorang pakcik yang bertugas sebagai DJ di Singapura. Perwatakan pendiam bersama keluarga tidak menjadikan beliau seorang yang terus pendiam di khalayak. Rasa hati bahawa perwatakan beliau yang saya ambil hingga ke hari ini. Justeru, tidak hairanlah yang saya akan mengikuti jejak langkah beliau.

Pengerusi Majlis

Pengalaman mempengerusikan majlis bermula semenjak tahun 1999. Hanya dengan satu acara kecil sahaja ketika itu. Ayah saya juga seorang pengacara majlis di sekolahnya. Justeru, tidak hairanlah bahawa saya selalu menyelongkar segala teks pengacara majlis di dalam simpanannya. Menyelongkar bukan bermakna mencuri. Cuma ianya mengajar saya erti asas kepengacaraan.
Pengalaman yang saya paling ingat hingga kini, saya menjadi pengacara untuk majlis yang dihadiri oleh Pengerusi MARA (Majlis Amanah Rakyat). Jika ada kesempatan yang lain, saya bercadang untuk belajar di dalam bidang kewartawanan pula.

No comments: