Langkau ke kandungan utama

Tak Ramai Minat Bidang Penyiaran?


Pembaca berita di stesen televisyen tempatan ataupun swasta merupakan suatu tugasan yang amat mencabar. Melalui pengalaman berulang-ulang kali atau latihan yang mantap merupakan senario awal sebagai seorang pembaca berita. Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai dikalangan orang awam kurang berminat terhadap bidang penyiaran ini.

Pengalaman kali pertama saya membaca berita adalah ketika di sekolah rendah lagi. Ketika itu, Pertandingan Membaca Berita Jawi yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Namun, pengalaman bersama orang-orang yang lebih dewasa mengenal erti kewartawanan tidaklah memaksa saya untuk terus ceburi ke dalam bidang ini.

Tahun lalu, ketika berkesempatan menjejak kaki pulang ke Malaysia, saya dua kali menyertai pertandingan membaca berita. Pertama kalinya, ia dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) saya bergegas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk mencapai impian meraih anugerah. Alhamdulillah, di dalam pertandingan tersebut saya menduduki tenpat ke-empat dan memperoleh beberapa hadiah tajaan DBP dan pihak penganjur.

Sebulan kemudian, temuduga dan ujibakat telah diadakan di Angkasapuri. Berbekalkan semangat yang kental dan minat di dalam bidang penyiaran, saya bertolak ke Kuala Lumpur. Program yang diadakan sempena Hari Bertemu Pelanggan, Kementerian Penerangan Malaysia memberi peluang untuk saya beraksi di pentas buat kali yang ke seterusnya. Kali pertama berhadapan dengan pembaca berita RTM, saya amat kagum. Namun, pengalaman di RTM ketika itu amatlah besar pada saya di dalam bidang penyiaran ini kerana shoot yang dilakukan seperti seolah-olah pembaca berita yang sebenar. Itulah kenangan yang paling indah di dalam hidup saya.

Pengalaman, latihan dan bakat merupakan suatu perkara pokok yang harus dinilai. Justeru, saya berazam untuk terus bekerja keras khusus di dalam bidang penyiaran kerana ia merupakan pengalaman sampingan di dalam hidup. Saya yakin ia boleh dijadikan kerjaya yang amat baik jika diolah dan dikuasai oleh golongan-golongan orang yang baik.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)