Hari Ahad lalu, saya menghabiskan masa di Badan Cemerlang, Johor Bahru. Selepas bermesyuarat bersama-sama rakan seangkatan di Maahad Johor untuk program mahasiswa pelajar Johor di Malaysia, saya mencuri masa yang ada untuk ke kedai buku. Daripada hasil pemantauan saya, kelihatan masyarakat Melayu khususnya di Johor Bahru kenal erti membaca. Mengapa demikian? Ramai di kalangan ibu bapa sanggup mengheret anak-anak mereka untuk mengisi ruang kekosongan hujung minggu bersama anak-anak di kedai buku. Amalan ini seharusnya dipandang tinggi oleh kita selaku pemerhati luar. Benar kata Dato' A Samad Said, "Simpanlah RM40 untuk jadi bodoh. Isi beliau amat tersirat sekali kerana hanya kerana kewanganlah kita mampu untuk mendapat sesuatu bahan bacaan untuk dibaca, difahami, dikaji dan disimpan di dalam hati. Baru-baru ini ketika mengintai kedai buku, saya mendapatkan buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Quran karangan Dr. Danial Zainal Abidin, selain itu dapat juga saya membeli buku motivas...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran