Oleh : Syafiq bin Zulakifli Semua manusia ada cita-cita. Ada juga yang lansung tak memikirkan soal masa depan dan akan datang. Ingat lagi semasa di sekolah, cikgu sering bertanya apa cita-cita anda. Ada apa dengan cita-cita? Adakah penting sangat cita-cita itu? Berapa peratus cita-cita seseorang akan tercapai? Semasa dibangku sekolah, bermacam-macam cita-cita yang saya lontarkan pada cikgu. Guru, Pensyarah, Bomba, Askar, Polis, dan Peguam. Itulah enam cita-cita yang saya masih ingat sekitar pemahaman dan pemikiran saya apabila diminta menyatakan cita-cita. Hari demi hari dan tahun demi tahun, masa berjalan dengan pantas. Daripada sebuah cita-cita, ia bertukar menjadi sebuah realiti. Semenjak berada di sekolah menengah, cita-cita saya sememangnya ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Biarpun kekadang halangan dan rintangan banyak sangat ditempuhi,saya tidak pernah mengalah. Mungkin semua ini telah ditetapkan dan ia merupakan rezeki daripada Allah. Alhamdulillah. Tahun 200...