Sejuk...
Panas...
Sejuk...
Panas...
Sejuk...
Panas...
Itulah sinonim cuaca yang hadir di Kota Kaherah, bandar yang menghimpunkan pelbagai khazanah ilmu serta dataran yang luas bermandikan debu-debu dari sahara'. Tatkala tangan ini menari kalam-kalam bicara, aku sedang lena dengan buaian perasaan yang entah bila akan berkahir.
Esok, bermula suatu pertarungan sengit di antara usaha, kepayahan, dan doa. Namun, segala - galanya hampir tewas dipertengahan apabila sang durjana membisikkan, "Marilah hampir kepada aku". Biarpun semangat perlu dibangkitkan semula, yang penting roja' ke hadrat Ilahi adalah lebih utama dengan usaha yang semampu daya. Hanya Allah yang mengetahui keperitan dan pengharapan yang menggunung demi membuktikan sedikit curahan ilmu yang di amanahkan untuk peribadi dan Islam amnya.
Doakan saya serta sahabat saya semua di Perlembahan Nil ini..
Ulasan